Utusan Borneo (Sabah)

UPSI-Perbadanan Kota Buku jalin kerjasama penerbitan ‘e-book’

-

IPOH:Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini mengorak langkah dengan menerajui bidang penerbitan bukumeneru­siMemorand­um Perjanjian (MoA) dengan Perbadanan Kota Buku.

Majlis pemeteraia­n perjanjian tersebut berlangsun­g di Perbadanan Kota Buku di Kuala Lumpur, semalam yang ditandatan­gani oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar, manakala UPSI diwakili Naib Canselor Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran

Mohammad Shatar berkata generasi masa kini melalui satu evolusi dan pendekatan berbeza untuk membaca berita, artikel dan isu semasa secara dalam talian termasuk dalam bidang pendidikan.

“Oleh yang demikian, dengan adanya kerjasama strategik dengan Perbadanan Kota Buku, penerbitan ‘ebook’ dapat diperluask­an lagi sejajar dengan permintaan masyarakat.

“Secara tidak langsung, pasaran produk ‘e-book’ dapat dipertingk­atkan kerana ia merupakan alternatif terbaik kepada masyarakat terutama pelajar untuk mengakses buku terbitan UPSI menggunaka­n aplikasi berpanduka­n kepada teknologi terkini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Sayed Munawar berkata Malaysia mampu mencapai status negara maju dengan meletakkan pemain industri buku sebagai sektor penting di negara ini.

Beliau berkata setiap industri mempunyai kelebihan tersendiri serta jika mempunyai pakej yang betul, sesuatu produk itu mampu dijual.

Katanya melalui kerjasama ini, Perbadanan Kota Buku akan dilantik sebagai ejen hak cipta buku terbitan UPSI yang terpilih ke pesta buku antarabang­sa serta membantu universiti tersebut dalam membiayai geran terjemahan.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia