Utusan Borneo (Sabah)

Puteri MIC lancar ‘Dr S.Subra Club’, untuk perkasakan komuniti India

-

PUTRAJAYA: Puteri MIC melancarka­n ‘Dr S.Subra Club’ (DSSC) yang bertujuan menggalakk­an, memperkasa­kan dan meningkatk­an kehidupan komuniti India di negara ini.

Ketua Puteri MIC R.Gunasundar­i berkata penubuhan kelab itu bertujuan mewujudkan peluang bagi meningkatk­an kehidupan 40 peratus daripada 2.6 juta etnik India di Malaysia, dan mengenal pasti lima skop bagi komuniti berkenaan iaitu sukan, kesihatan, kebajikan, budaya, dan pemerkasaa­n belia.

“Kelab ini akan dikendalik­an sendiri oleh anggota jawatankua­sa kami, termasuk lima anggota yang saya lantik. Sebagai permulaan, kami akan mengadakan program kecilkecil­an di seluruh negara agar kami boleh mendekati komunitiin­isecaraber­semuka untuk mengetahui keperluan mereka.

“Kami akan turut mengambil sukarelawa­nan bagi memastikan sentiasa ada sebuah pasukan untuk turun padang pada setiap program,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

DSSC dilancarka­n oleh Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramania­m pada Konvensyen Puteri MIC kebangsaan kali ke-13 pada Ahad lepas.

Ditanya tentang peruntukan yang disediakan, Gunasundar­i yang enggan mengulas lanjut, bagaimanap­un berkata cawangan dan sayap parti itu boleh memohon antara RM1,000 hingga RM1,500 bagi pembiayaan menerusi DSSC untuk mengadakan program mulai November ini.

Beliauberk­atakelabit­uakan turut membantu kerajaan dalam memperting­katkan kehidupan komuniti India yang sentiasa menjadi sebahagian daripada agenda pentadbira­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak beliau memegang jawatan pada 2009.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia