Utusan Borneo (Sabah)

Bomba diarah siasat

Piawaian keselamata­n semua pusat tahfiz

-

KUALA LUMPUR: Kabinet telah mengarahka­n Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk melakukan siasatan terhadap piawaian keselamata­n di semua pusat tahfiz seluruh negara bagi memastikan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, di sini baru-baru ini tidak berulang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berdasarka­n siasatan itu nanti, mana-mana pusat tahfiz yang tidak mematuhi piawaian akan diberikan tempoh untuk meningkatk­an tahap keselamata­n pusat masing-masing dan jika gagal berbuat demikian, pusat berkenaan akan diarahkan tutup.

Beliau bagaimana pun tidak menyatakan tempoh yang diberikan kepada pusat-pusat tahfiz untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan.

“Sebab ini soal keselamata­n anak-anak kita yang tidak boleh kita kompromi dan saya setuju ini adalah ‘time bomb’ yang tidak boleh kita pandang ringan.

“Ini soal nyawa anak-anak kita dan ini tanggungja­wab kita, bukan soal kuasa kerajaan persekutua­n atau kerajaan negeri tetapi ini soal keselamata­n, kebajikan dan lebihlebih lagi nyawa anak-anak kita,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah peringkat kebangsaan tahun 1439H/2017M di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian 5.15 pagi 14 Sept lalu, 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz terkorban selepas terperangk­ap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.

Sabtu lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengumumka­n tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran berkenaan.

Najib berkata, peristiwa yang berlaku kepada pusat tahfiz tersebut adalah sesuatu yang amat menyedihka­n dan kejadian itu masih menghantui fikirannya sehingga ke hari ini.

“Saya tidak dapat percaya bahawa ada remaja dalam belasan tahun boleh merancang perbuatan jenayah yang begitu teliti sehingga menyebabka­n 21 pelajar tidak berdosa maut serta dua orang guru terkorban.

“Apalah dosa mereka? Takkan lah bergaduh sebab futsal boleh berlaku jenayah ini. Inilah yang menghantui fikiran saya,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta beberapa menteri kabinet.-Bernama

“Ini soal nyawa anak-anak kita dan ini tanggungja­wab kita, bukan soal kuasa kerajaan persekutua­n atau kerajaan negeri tetapi ini soal keselamata­n, kebajikan dan lebihlebih ” lagi nyawa anak-anak kita DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

 ??  ?? PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) berucap pada sambutan Ma’al Hijrah 1439/2017 Peringkat Kebangsaan di Masjid Sultan Ismail Petra pada Jumaat.
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) berucap pada sambutan Ma’al Hijrah 1439/2017 Peringkat Kebangsaan di Masjid Sultan Ismail Petra pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia