Utusan Borneo (Sabah)

Ketepi perbezaan kukuh perpaduan

Maal Hijrah bawa mesej kepentinga­n kesatuan ummah

-

KUALA LUMPUR: Sambutan Maal Hijrah 1439H/2017M di seluruh negara pada Jumaat membawa mesej mengajak umat Islam agar bersatu hati dan mengetepik­an perbezaan antara satu sama lain bagi memperkuku­h perpaduan ummah di negara ini.

Bertemakan ‘‘Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara’, sambutan tahun baharu Hijrah disambut sederhana namun mempunyai pengertian amat besar bagi umat Islam dalam mengimbas peristiwa bersejarah penghijrah­an Nabi Muhammad SAW dan kaum muslimin dari kota Makkah ke kota Madinah.

Di ibu negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bersama-sama menteri Kabinet antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Masjid Wilayah Persekutua­n.

Perdana menteri ketika berucap merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan tahun ini berkata pengorbana­n semua pihak dengan mengetepik­an perbezaan antara satu sama lain adalah asas kekuatan Malaysia yang menjadikan negara ini sebuah negara Islam progresif lagi dinamik.

Beberapa negeri turut mengadakan sambutan Maal Hijrah hari ini. Di PERAK, sambutan Maal Hijrah di Dewan Shariff, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut yang disempurna­kan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim disertai kira-kira 2,000 umat Islam.

Pada majlis itu, Sultan Na z r i n berkenan menyampaik­an Anugerah Khas Ar Ridzuan yang merupakan kemuncak penganuger­ahan kepada Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria manakala Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada bekas Ketua Hakim Syarie Perak Datuk Abdul Aziz Mohd Yusof.

Baginda turut berkenan menyampaik­an Anugerah Hammam kepada Masjid Al-Adli Pekan Lumut; Anugerah Pengurusan Tanah Perkuburan Terbaik (Tanah Perkuburan Islam Kampung Chabang Lima, Tanjung Malim) dan Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik (Masjid An-Nur Batu 8, Hulu Kinta).

Di Sarawak, perhimpuna­n Maal Hijrah di Dewan Suarah Bintulu disempurna­kan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Pada sebelah petang, dijadual berlangsun­g program perkongsia­n pengalaman berkaitan masyarakat majmuk oleh penceramah undangan khas, A. Kadir Omar di Surau Darul Iman, Kampung Jepak, Bintulu, disusuli Forum Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak di Masjid Darul Makmur, Kampung Jepak antara waktu Maghrib dan Isyak.

Di Terengganu, Tengku Seri Temenggong Terengganu, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud berkenan berangkat ke majlis sambutan yang diadakan di Stadium Negeri mewakili kekanda baginda Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Speaker Dewan Undangan Neger, Datuk Mohd Zubir Embong; Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda dan barisan kepimpinan negeri serta isteri masing-masing menghadiri majlis yang disertai 3,000 hadirin.

Tengku Baharuddin berkenan menyampaik­an Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Jaafar Hassan yang banyak menyumbang dalam dakwah dan pendidikan Islam di Terengganu, manakala Masjid Hadhari Jerteh, Besut menerima anugerah pengurusan masjid terbaik dan anugerah Restoran Halal Terbaik 2017 menjadi milik Hotel Seri Malaysia.

Di Kedah, Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah berkenan berangkat ke majlis sambutan diiringi Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Walaupun hujan ia tidak menghalang kakitangan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan menghadiri majlis yang diadakan secara sederhana. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Bekas Mufti Kedah yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah Datuk Paduka Syeikh Hasbullah Abdul Halim dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1439H peringkat negeri.

Di JOHOR, kira-kira 2,000 orang hadir memeriahka­n Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar.

Majlis diserikan dengan persembaha­n nasyid dan ceramah Maal Hijrah oleh ustaz Harryanto Rizal Rokman manakala bekas Timbalan Mufti Negeri Datuk Sha’ri @ Shangari Abdullah, 68, dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri.

Di Pahang, sambutan diadakan di Dewan Auditorium RTM, Pahang disempurna­kan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan dihadiri lebih 3,000 orang termasuk Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Pelbagai acara diadakan termasuk ceramah, alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan persembaha­n nasyid oleh kumpulan Far East. Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri dianugerah­kan kepada bekas Mufti Pahang Datuk Sulaiman Ahmad. - Bernama

 ??  ?? PENERIMA tokoh Maal Hijrah yang merupakan bekas Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan Tun Sakaran Dandai (tengah) bersama anggota keluarga bagi berkongsi kegembiraa­n setelah menerima anugerah itu pada sambutan Maal Hijrah 1439/2017 Peringkat Kebangsaan di...
PENERIMA tokoh Maal Hijrah yang merupakan bekas Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan Tun Sakaran Dandai (tengah) bersama anggota keluarga bagi berkongsi kegembiraa­n setelah menerima anugerah itu pada sambutan Maal Hijrah 1439/2017 Peringkat Kebangsaan di...
 ??  ?? ABDUL Latif Tahar@Taha dan isterinya Zaimah Mohd Amin (duduk) bergambar bersama anggota keluargany­a selepas menerima Anugerah Keluarga Mithali pada majlis sambutan Maal Hijrah 1439H peringkat negeri di Stadium Negeri.
ABDUL Latif Tahar@Taha dan isterinya Zaimah Mohd Amin (duduk) bergambar bersama anggota keluargany­a selepas menerima Anugerah Keluarga Mithali pada majlis sambutan Maal Hijrah 1439H peringkat negeri di Stadium Negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia