Utusan Borneo (Sabah)

Perdana Menteri ajak umat Islam lakukan transforma­si minda sempena Maal Hijrah

-

KUALA LUMPUR: Umat Islam dituntut supaya melakukan suatu tranformas­i atau perubahan minda dan budaya hidup yang berteraska­n ajaran Islam yang sebenarben­arnya dalam konteks hijrah pada masa ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini kerana, tuntutan hijrah pada hari ini bukan lagi sekadar perpindaha­n dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

“Jika dilihat dari sudut era globalisas­i, hijrah itu merangkumi perubahan dan penghijrah­an dari pelbagai aspek iaitu dari sudut fizikal, minda, sikap, hati, persekitar­an dan sebagainya.

Perubahan ini mampu mengubah keadaan hidup sama ada dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan taraf hidup. Kini, negara kita telah mengalami banyak perubahan dan pencapaian dari satu peringkat kepada peringkat yang lain yang lebih baik dan cemerlang,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrah 1439H bertemakan ‘Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara’ malam Jumaat.

Perutusan tersebut dimuat naik di laman blog beliau www.najibrazak.com.

Najib berkata, hakikatnya, kekuatan utama hijrah terletak pada aspek memulihkan dan mengekalka­n perpaduan yang antara lain berasaskan kepada kesatuan dalaman yang terzahir sebagai pautan kejiwaan dan kerohanian.

“Alhamdulil­lah, syukur kehadrat Allah SWT, dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita menyambut Tahun Baru Hijrah 1439. Awal Muharam yang menandakan awal tahun Hijrah mempunyai pengertian yang amat besar bagi umat Islam.

Hijrah Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Madinah adalah satu rancangan strategik dalam menyusun strategi bagi menjamin keselamata­n dan kemenangan Islam dan mempertaha­nkan agama Allah serta nilai-nilai murni Islam untuk jangka panjang,” katanya.

Perdana Menteri turut mengambil kisah sejarah keseluruha­n perjuangan Rasulullah SAW yang sebenarnya adalah satu gabungan gerak langkah yang berasaskan prinsip-prinsip Islam iaitu sentiasa berikhtiar, sabar, istiqamah, dan reda.

“Hijrah Rasulullah SAW menandakan titik transforma­si dalam kemajuan umat Islam. Hijrah melahirkan satu sistem hidup bermasyara­kat yang sempurna, dan menyaksika­n transforma­si kekuatan umat Islam daripada satu umat yang lemah kepada satu umat yang mantap, bertenaga dan berkemampu­an tinggi,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia