Utusan Borneo (Sabah)

11 bayi ‘Permata Hijrah’ diraikan sempena sambutan Maal Hijrah

-

KANGAR: Seramai 11 bayi ‘Permata Hijrah’ diraikan bersempena sambutan Maal Hijrah iaitu 1 Muharam 1439 Hijrah di Hospital Tengku Fauziah (HTF), Kangar pagi tadi.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam negeri Perlis Datuk Khairi Hassan berkata, kesemua bayi itu dilahirkan bermula masuknya waktu maghrib 21 Sep t sehingga berakhir waktu Asar, 22 Sept, Jumaat.

“Kita raikan ibu-ibu yang bersalin ini untuk menyuntik sokongan dan semangat mereka di samping meraikan bayi mereka yang lahir pada Awal Muharram mengikut kalender Islam kita”, katanya kepada Bernama di Wad Bersalin HTF di sini.

Program Ziarah Permata Hijrah ini merupakan yang pertama dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Perlis (MAIPs) bersama HTF yang diadakan bersempena Sambutan Maal Hijrah tahun ini.

Sebelas bayi berkenaan terdiri daripada tujuh bayi lelaki termasuk sepasang kembar dan empat bayi perempuan yang lahir antara pukul 7.31 malam (21 Sept) dan 8.54 pagi Jumaat.

Bayi pertama (lelaki) dilahirkan pada 7.31 malam seberat 2.62kg merupakan anak sulung kepada pasangan Nur Aida Shakira Mazaki, 22, seorang suri rumah dan Hakimi Mat Noor, 23, yang merupakan pengusaha kantin.

Kesemua bayi berkenaan diberikan sumbangan wang tunai dan cenderahat­i daripada MAIPs.

Sambutan Maal Hijrah 1439 Hijrah Peringkat Negeri Perlis akan diadakan pada 29 Sept ini di Dewan Warisan, Kangar. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia