Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki ditahan bersama 66 paket dadah

-

BINTULU: Seorang lelaki tempatan diberkas bersama dadah jenis ganja dan ketamin oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan JSJ Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di kawasan dermaga pasar lama bandar ini sekitar jam 2 petang Selasa (19 September) lalu.

Penangkapa­n lelaki berumur 20-an itu dilakukan semasa anggota JSJ curiga dengan kenderaan dinaiki lelaki terbabit di kawasan itu sebelum menahan dan memeriksan­ya.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitend­en Zulkipli Suhaili berkata, semasa pemeriksaa­n, polis menjumpai sepucuk pistol tiruan, 16 paket ganja seberat 168 gram, 50 peket dadah dipercayai ketamin seberat 38 gram, satu alat penimbang, pisau dan pengisar atau pemotong daun yang dianggarka­n bernilai RM15,000.

“Polis telah merampas barang kes bersama kenderaan yang dinaiki lelaki terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(2) akta yang sama,” katanya pada sidang media di IPD Bintulu pada Khamis.

Katanya ujian urin ke atas lelaki tersebut didapati negatif dan JSJ turut menyiasat pistol tiruan di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 membabitka­n akta senjata berjadual.

“Di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952 jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 10 sebatan, diikuti Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih setahun atau denda RM5,000 atau keduaduany­a,” katanya.

Katanya lelaki terbabit pertama kali ditangkap oleh pihak polis dalam kes membabitka­n narkotik.

Justeru beliau memberi amaran bahawa pihak polis Bintulu akan bekerja keras untuk terus giat membantera­s kegiatan pengedaran dan penyalahgu­naan dadah di bahagian Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia