Utusan Borneo (Sabah)

S’wak dijangka alami cuaca sedikit berjerebu

Disebabkan aktiviti pembakaran berdekatan sempadan dan di Pontianak, Kalimantan

-

KUCHING: Sarawak dijangka akan mengalami keadaan cuaca sedikit berjerebu dalam masa dua tiga hari akan datang.

Kontroler Kualiti Alam Sekitar NREB Peter Sawal berkata, Sarawak pada Khamis turut mengalami sedikit berjerebu di beberapa kawasan yang disebabkan ada aktiviti pembakaran di negara jiran.

“Kita mengalami sedikit berjerebu dan ia dijangka dalam masa dua tiga hari akan datang tetapi tidak perlu bimbang kerana kualiti atau indeks udara kita masih berada dalam keadaan baik.

“Keadaan ini berlaku kerana terdapat beberapa titik panas di Kalimantan dan dengan tiupan angin ke arah kita, pasti memberi sedikit kesan,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, Khamis.

Peter berkata, aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku itu bukan sahaja berdekatan dengan sempadan bahkan di Pontianak.

Di Sarawak ujarnya, NREB hanya menerima satu atau dua laporan pembakaran terbuka yang hanya kecil sahaja.

Katanya NREB buat masa ini masih belum membuat sebarang pembekuan terhadap permit pembakaran terbuka.

“Kita masih ada permohonan permit pembakaran terbuka tetapi kita akan teliti satu per satu permohonan dan bukannya terus meluluskan.

“Kita akan melihat kepada keperluan perkara berkenaan, mempertimb­angkan keadaan cuaca dan sebagainya,” katanya.

Peter memberitah­u, tidak dinafikan NREB menerima banyak permohonan pembakaran terbuka namun lembaga akan tetap mempertimb­angkan dengan teliti keperluan itu.

Malahan katanya, pihak industri amat memahami perkara itu.

Sementara itu menurut laporan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) laman sesawang Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar di Sarawak setakat jam 5 petang Khamis menyaksika­n semua bahagian dalam keadaan IPU baik iaitu di bawah IPU 50.

Limbang mencatat IPU 12, ILP Miri (15), Samalaju (23), Bintulu (20), Mukah (21), Kapit (20), Sibu (22), Sarikei (25), Sri Aman (41), Samarahan (29) dan Kuching (30).

Kita mengalami sedikit berjerebu dan ia dijangka dalam masa dua tiga hari akan datang tetapi tidak perlu bimbang kerana kualiti atau indeks udara kita masih berada dalam keadaan baik.

PETER SAWAL Kontroler Kualiti Alam Sekitar NREB

 ??  ?? ZULKIPLI (tengah) bersama pegawai-pegawai JSJ dan Narkotik menunjukka­n pistol tiruan, pisau serta dadah yang dirampas daripada seorang lelaki tempatan di Bintulu.
ZULKIPLI (tengah) bersama pegawai-pegawai JSJ dan Narkotik menunjukka­n pistol tiruan, pisau serta dadah yang dirampas daripada seorang lelaki tempatan di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia