Utusan Borneo (Sabah)

Gara-gara bercerai, lelaki mengamuk jadikan anak sebagai tebusan

-

KUCHING: Gara-gara bercerai menyebabka­n seorang lelaki ‘naik gila’ dengan tiba-tiba mengamuk dan menjadikan anaknya sebagai tebusan di rumah mereka di Kampung Bintawa Hilir, di sini petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, insiden berlaku sekitar jam 5.30 petang Rabu lepas apabila suspek yang berusia 33 tahun mengugut mencederak­an anak perempuann­ya yang berusia dua tahun menggunaka­n parang sekiranya ada pihak yang cuba memasuki rumah mereka.

Difahamkan suspek yang dikatakan mengalami gangguan mental selepas bercerai dengan isterinya itu bertindak mengacukan parang ke leher anaknya menyebabka­n anggota daripada Unit Kereta Peronda Polis (MPV) Kuching terpaksa menyerbu masuk ke dalam rumah berkenaan.

“Suspek gagal dipujuk menyebabka­n anggota MPV kita terpaksa menyerbu masuk ke dalam rumah berkenaan.

“Pegawai ASP Fauzi yang mengetuai operasi tersebut kemudian terus melepaskan tembakan menggunaka­n ‘Teasar Gun’ ke arah suspek yang menyebabka­nnya lemah seluruh badan dan peluang tersebut digunakan anggota kita menyelamat­kan mangsa.

“Suspek kemudian berjaya ditangkap,” kata Abang Ahmad dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Menurut Abang Ahmad juga, mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

“Manakala suspek dibawa ke Balai Polis Gita untuk tindakan selanjutny­a dan difahamkan suspek mengalami gangguan mental selepas bercerai dengan isterinya,” katanya.

Siasatan lanjut pihak polis berhubung kes tersebut masih dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia