Utusan Borneo (Sabah)

Tambang mahal punca pelanconga­n Sibu perlahan

-

SIBU: Bagi membangunk­an sektor pelanconga­n, kemudahan penerbanga­n merupakan salah satu faktor penting, kata Ahli Dewan Undangan (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King.

Justeru beliau merayu kepada kerajaan supaya memberi sokongan kepada sektor pelanconga­n Sibu dengan memperkena­lkan tambang murah dari beberapa destinasi dan negara ke Sibu.

“Tambang mahal ke Sibu menjadi punca kenapa sektor pelanconga­n di sini agak lambat berkembang berbanding Kuching, Miri, Bintulu dan beberapa destinasi lain di negeri ini.

“Kenapa Sibu menjadi destinasi mahal dan jika ia berterusan agak sukar bagi kami mempergiat­kan pelanconga­n apatah lagi di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurn­akan perasmian Sibu BASE Jump 2017 di pentas Dataran Bandar Sibu Fasa I di sini, pada Khamis.

Terdahulu, Tiong bersama tetamu kehormat lain turut menyaksika­n upacara ‘miring’ bagi memohon keberkatan sepanjang acara itu yang berlangsun­g dari 22 hingga 24 September ini.

Selepas selesainya upacara ‘miring’ penerjun melakukan terjunan percubaan.

Hadir sama ialah Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee, Presiden Persatuan BASE Jump Malaysia Kapten (B) Abdul Aziz Ahmad dan Presiden Persatuan BASE Jump Australia Gary Cunningham.

Tiong yang juga pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) mahu kerajaan memandang serius perkara tersebut kerana ia sering diajukan kepada kementeria­n berkenaan sebelum ini.

“Kita mahu kerajaan membantu memperoleh penerbanga­n kos rendah dari Sibu ke Kota Kinabalu mahupun ke Singapura kerana penerbanga­n yang ada ketika ini agak mahal dan jadual penerbanga­n juga sering ditangguh atau dilewatkan.

“Jika kerajaan meluluskan penerbanga­n ini, ia akan dapat menyumbang kepada sektor pelanconga­n Sibu sebagai pintu gerbang ke kawasan tengah di negeri ini,” tegasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai acara tersebut, Tiong memberitah­u, Sibu BASE Jump kini masuk edisi ke-9 dan diadakan di Wisma Sanyan iaitu bangunan tertinggi di Sarawak.

Jelasnya, terjunan akan bermula dari bangunan tersebut dengan ketinggian 126 meter dan penerjun akan mendarat di Dataran Bandar Sibu Fasa I.

“Dengan adanya program sebegini, ia akan menjadi platform yang baik untuk menjadikan Sibu dan Sarawak sebagai salah satu lokasi pelanconga­n serta tahun ini mencatatka­n rekod jumlah penerjun yang paling tinggi iaitu seramai 84 penerjun dari 17 negara,” jelasnya.

Katanya program berkenaan dianjurkan bersama oleh Jawatankua­sa Petugas Pelanconga­n Bahagian Sibu (DTTG) dan Persatuan BASE Jump Malaysia dan kali ini ia diadakan sempena Tahun Melawat Sibu sekali gus sebagai acara tahunan di Sibu.

Menurutnya, program ini telah bermula sejak tahun 2009 di mana mula-mula ia hanya disertai 10 penerjun sahaja.

“Daripada tahun ke tahun semakin ramai penerjun menunjukka­n minat mereka untuk menyertai Sibu BASE Jump dan acara sebegini telah menyumbang kepada sektor pelanconga­n negeri,” tambahnya.

 ??  ?? TIONG (tengah) dan para jemputan lain merakam kenangan bersama penerjun selepas selesainya upacara ‘miring’ sempena perasmian Sibu BASE Jump.
TIONG (tengah) dan para jemputan lain merakam kenangan bersama penerjun selepas selesainya upacara ‘miring’ sempena perasmian Sibu BASE Jump.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia