Utusan Borneo (Sabah)

DBKU bantu rumah tumpangan dapatkan lesen

-

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (D B KU) akan cuba membantu mengesahka­n semua rumah tumpangan yang belum ada lesen di bawah tadbiranny­a. Ahli Majlis DBKU Datuk Wee Hong Seng berkata DBKU terpaksa campur tangan kerana selama ini mereka sangat menyokong perniagaan.

“Kami juga cuba mendapatka­n situasi menang-menang melibatkan pengusaha rumah tumpangan, penyewa dan kerajaan.

“Kami telah cuba memahami masalah yang dihadapi pengusaha dan membantu mereka untuk berdaftar dan berlesen.

“Sudah tentulah dari segi peraturan, saya rasa perkara penting adalah untuk memastikan keselamata­n orang awam terutama pelancong,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog kedua bersama pengusaha rumah tumpangan tanpa lesen di sini, pada Khamis.

Beliau berkata DBKU juga cuba mengumpul semua syarat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lembaga Perancang Negeri serta Jabatan Tanah dan Survei untuk membantu pengusaha mendapatka­n lesen.

Katanya pengusaha sudah diberi taklimat tentang syarat yang diperlukan oleh ketigatiga badan berkuasa tersebut dalam dialog pertama pada 1 Januari lalu.

“Bagaimanap­un, beberapa syarat pada pendapat saya adalah agak mustahil kerana contohnya, beberapa pengusaha mengusahak­an rumah tumpangan di rumah kedai lama.

“Anda semua tahu kebanyakan rumah di kawasan bandar adalah membelakan­gi satu sama lain.

“Jika kita bercakap mengenai laluan keluar pada waktu kebakaran dari belakang bangunan, apabila kita memecahkan­nya kita melihat dinding belakang rumah jiran.

“Terdapat beberapa perkara yang kita perlu jelaskan kepada pihak berkuasa terbabit bagi pihak pengusaha,” katanya.

Wee berharap beberapa peraturan dapat dilonggark­an memandangk­an kebanyakan pengusaha mengusahak­an kurang daripada 20 bilik dan oleh yang demikian, tidak mempunyai sumber kewangan yang baik.

Beliau berkata sekarang terdapat 17 rumah tumpangan tanpa lesen yang beroperasi di kawasan DBKU.

Beliau percaya apabila mereka sudah didaftarka­n dan berlesen, mereka akan dilindungi insurans, yang bermakna jika ada apa-apa berlaku kepada penghuni, pengusaha dan orang ramai tidak perlu bimbang.

Katanya selain itu, pengusaha juga dapat memasarkan diri secara terbuka tanpa perlu bersembuny­i daripada pihak berkuasa.

 ??  ?? WEE (duduk, dua kanan) dan beberapa pengusaha rumah tumpangan selepas sesi dialog.
WEE (duduk, dua kanan) dan beberapa pengusaha rumah tumpangan selepas sesi dialog.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia