Utusan Borneo (Sabah)

Yu hidup dirampas

315 ekor ikan yu hidup disembunyi dalam bot nelayan tempatan

-

MIRI: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Miri (DM13) berjaya merampas sebanyak 315 ekor ikan yu hidup disembunyi dalam sebuah bot nelayan tempatan yang ditahan dalam satu operasi di perairan Miri di sini, pada 19 September lalu.

Pengarah Maritim DM13 Kapten Maritim Md Fauzi Othman mengesahka­n bahawa bot nelayan dengan nombor pendaftara­n VIVI 1/OMY 8892 itu, ditahan pada jarak 60 batu nautika dari Sungai Miri, jam 6.05 petang, 19 September lalu kerana disyaki dalam keadaan mencurigak­an.

“Kesemua 315 ekor ikan yu hidup dianggarka­n bernilai RM10,000 mengikut harga pasaran, berjaya ditemui dan dirampas anggota penguat kuasa dipercayai untuk pasaran di seluruh negeri,”

“Kesemua 315 ekor ikan yu hidup dianggarka­n bernilai RM10,000 mengikut harga pasaran, berjaya ditemui dan dirampas anggota penguat kuasa dipercayai untuk pasaran di seluruh negeri,” katanya. Bagaimanap­un hasil pemeriksaa­n APMM turut menemui bekalan makanan dipercayai cukup untuk tempoh sebulan, sekali gus tidak menolak kemungkina­n bot berkenaan turut merancang menjual ” hasil tangkapan ke luar negara. MD FAUZI OTHMAN Pengarah Maritim DM13 Kapten Maritim

katanya.

Bagaimanap­un hasil pemeriksaa­n APMM turut menemui bekalan makanan dipercayai cukup untuk tempoh sebulan, sekali gus tidak menolak kemungkina­n bot berkenaan turut merancang menjual hasil tangkapan ke luar negara.

Beliau menambah kata, kesemua ikan yu itu daripada spesies yu cicak disimpan dalam enam kontena plastik yang besar.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut ke atas bot berkenaan juga mendapati ia tidak mempunyai nakhoda seperti dalam lesen dan tidak memiliki dokumen pelayaran yang sah,” tambahnya.

Malah bot itu didapati belayar melebihi had pelayarann­ya iaitu dari Bintulu hingga ke Long Xuyen di Vietnam.

Selain ikan yu hidup, APMM turut merampas hasil tangkapan ikan lain sebanyak 2,000kg dengan nilai pasaran dianggarka­n RM20,000.

Menurut Md Fauzi lagi, lima awak-awak warga Vietnam berumur dalam lingkungan 19 hingga 62 tahun ditahan bagi membantu siasatan manakala bot nelayan terbabit dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Pulau Melayu di sini, untuk siasatan lanjut.

“Bot nelayan itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/1960,” katanya.

Di samping bot nelayan tersebut, beliau memberitah­u bahawa pihak APMM turut menahan sebuah lagi bot nelayan dengan nombor pendaftara­n SF3-2135 di lokasi yang sama, namun setelah diperiksa dan tidak mempunyai sebarang kesalahan dan ia dilepaskan.

 ??  ??
 ??  ?? Gambar atas BOT nelayan tempatan dengan kru warga asing diiring ke PTV di Pulau Melayu oleh pihak APMM DM13 pada 19 September lalu.
Gambar atas BOT nelayan tempatan dengan kru warga asing diiring ke PTV di Pulau Melayu oleh pihak APMM DM13 pada 19 September lalu.
 ??  ?? Gambar kiri Seorang awak-awak warga Vietnam menunjukka­n ikan yu cicak yang masih hidup dan dirampas oleh APMM.
Gambar kiri Seorang awak-awak warga Vietnam menunjukka­n ikan yu cicak yang masih hidup dan dirampas oleh APMM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia