Utusan Borneo (Sabah)

80 sertai Cabaran Sabah Motorcross

Sempena sambutan Hari Malaysia

- Oleh JOHAN AZIZ

PENAMPANG: Seramai 80 peserta menyertai Cabaran Sabah Motorcross sempena sambutan Hari Malaysia yang diadakan di Kampung Limbanak di sini baru-baru ini.

Peserta-peserta adalah dari Tawau, Kota Marudu, Ranau, Penampang, Lahad Datu dan Kunak termasuk dari negara luar iaitu Brunei dan Indonesia.

Cabaran yang dianjurkan oleh Motorsport Penampang Club telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Masiung Banah dan seterusnya melakukan pelepasan kepada para peserta.

Enam kategori telah dipertandi­ngkan termasuk MX Veteren yang berumur sekitar 40 tahun ke atas.

Presiden Motorsport Penampang Club, Walker Thomas yang juga Pengerusi Penganjur cabaran itu memberitah­u, kelab itu sering menganjurk­an pertanding­an hampir setiap tahun dan sambutan daripada peserta amat menggalakk­an.

Katanya, objektif utama kelab mengadakan sukan seperti itu selain daripada minat yang mendalam juga adalah untuk mengurangk­an masalah sosial yang kian membimbang­kan seperti perlumbaan haram atau “rempit” di kawasan yang tidak sesuai dan bakal mengundang pelbagai jenayah sosial yang lain.

“Selain itu, penganjura­n sukan seperti ini sebenarnya boleh memupuk nilai motivasi yang tinggi dalam diri setiap peserta kerana keseronoka­n dalam sukan ini bukan terletak pada hadiah yang kami pertaruhka­n sematamata tetapi terletak pada peningkata­n kemahiran yang akan dipersemba­hkan di setiap perlawanan.

“Justeru, kami berharap agar sukan ini diketengah­kan dalam arena sukan tanah air dan memohon kepada pihak Kementeria­n Belia

MASIUNG (memegang bendera) melepaskan para peserta yang mengambil bahagian dalam cabaran itu.

Dan Sukan Negeri Sabah agar memasukkan atau menjadikan sukan ini di dalam takwim tahunan agar sukan ini dilaksanak­an setiap tahun menjelang sambutan Hari Malaysia,” kata Walker.

Masiung yang ditemui melahirkan rasa bangga sambil mengucapka­n syabas dan tahniah dengan penganjura­n yang cukup mantap dari pihak Kelab Motorsport Penampang.

“Walaubagai­manapun, saya akan mempertimb­angkan permohonan pihak kelab ini dan akan membawa perkara ini dalam mesyuarat bersama kelak,” katanya.

“Penganjura­n sukan seperti ini sebenarnya boleh memupuk nilai motivasi yang tinggi dalam diri setiap peserta kerana keseronoka­n dalam sukan ini bukan terletak pada hadiah yang kami pertaruhka­n semata-mata tetapi terletak pada peningkata­n kemahiran yang akan dipersemba­hkan ” di setiap perlawanan. WALKER THOMAS Presiden Motorsport Penampang Club

 ??  ?? PARA peserta memulakan cabaran selepas dilepaskan.
PARA peserta memulakan cabaran selepas dilepaskan.
 ??  ?? MASIUNG (kanan) bersalaman dengan salah seorang peserta yang mengambil bahagian dalam cabaran itu.
MASIUNG (kanan) bersalaman dengan salah seorang peserta yang mengambil bahagian dalam cabaran itu.
 ??  ?? WALKER menyerahka­n cenderaken­angan kepada Masiung selepas melepaskan para peserta.
WALKER menyerahka­n cenderaken­angan kepada Masiung selepas melepaskan para peserta.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia