Utusan Borneo (Sabah)

Klinik Futsal Milo buka penyertaan

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Ibu bapa dialu-alukan menghantar anak mereka yang berusia 7-11 tahun menyertai Klinik Futsal Milo yang akan diadakan di Arena Futsal Yayasan Sabah bermula 30 September.

Klinik yang diasaskan oleh Pengarah Teknikal Futsal Malaysia, Chiew Chun Yong itu diadakan di seluruh negara tetapi julung kali di negeri ini.

Di sini, klinik itu dikendalik­an jurulatih futsal Sabah yang juga penolong jurulatih futsal wanita Malaysia pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Azman Soaibah (gambar).

Azman akan dibantu Mohd Faisal Ahmad, Herwan Daud, Mizan dan Valentine.

Azman berkata, klinik itu menerapkan modul latihan futsal terkini dan sistematik.

Ia melibatkan lapan sesi di mana setiap sesi diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

“Klinik ini adalah salah satu program mencungkil bakat dari peringkat akar umbi dalam usaha memartabat­kan sukan futsal secara menyeluruh.

“Selain asas permainan futsal, proram ini turut memberi penekanan mempersiap­kan pemain muda menghadapi cabaran sebaai atlet pada masa akan datang,” kata Azman ketika memberitah­u perkara itu di sini pada Jumaat.

Turut akan diselitkan dalam program itu adalah ceramah motivasi kepada ibu bapa dan peserta mengenai nutrisi yang sesuai dan perlu bagi pembesaran dan kecergasan anak-anak.

“Sehubungan dengan itu kami mengalu-alukan ibu bapa bukan sekadar menghantar anak-anak mereka tetapi turut memainkan peranan memberi galakan kerana sokongan penuh ibu bapa adalah antara faktor penting memajukan anak-anak dengan berkesana dalam apa juga bidang termasuk sukan,” katanya.

Azman berkata, peserta klinik itu hanya dikenakan yuran berpatutan tetapi akan dibekalkan dengan baju dan kelengkapa­n lain.

Untuk keterangan lanjut diminta menghubuni Azman (016-8207479), Faisal (WhatsApp 0109352020), Herwan (0168338324) atau Mizanis Sports Boutique (088383803).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia