Utusan Borneo (Sabah)

Abdul Latif tunjuk belang

Pertahan emas Lompat Jauh Lelaki T20 kali ketiga berturut-turut

-

Latif beraksi dalam acara akhir Lompat Jauh kelas T20 pada Kejohanan Sukan Para Asean ke-9 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat. - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Juara dunia, Abdul Latif Romly menunjukka­n belang di laman sendiri setelah berjaya mempertaha­nkan pingat emas dalam acara lompat jauh lelaki T20 untuk kali ketiga berturut-turut pada Sukan Para ASEAN (APG) Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Jumaat.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu melakukan lompatan sejauh 7.41 meter pada percubaan pertama dan catatan berkenaan hanya 0.02 meter daripada jarak yang dilakukann­ya iaitu 7.43 meter pada edisi 2015 di Singapura yang masih kekal sebagai rekod temasya.

Atlet Singapura, Suhairi Suhani membawa pulang pingat perak selepas mencatat 6.85 meter manakala seorang lagi wakil negara, Zulkifly Abdullah terpaksa berpuas hati dengan kutipan gangsa setelah melakukan lompatan sejauh 6.51 meter.

Kejayaan tersebut menyaksika­n Abdul Latif mengekalka­npingatema­sdalam acara sama sejak edisi 2014 di Naypyidaw, Myanmar.

Abdul Latif yang ditemui pemberita berpuas hati dengan kejayaan yang diraih sambil berterima kasih kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan isteri, Nori Abdullah yang hadir untuk memberikan sokongan kepadanya.

“Saya sangat gembira dan terkejut kerana ramai yang memberikan sokongan kepada saya terutamany­a Raja Muda Perlis dan ia menaikkan semangat saya untuk mempamerka­n aksi terbaik di laman sendiri.

“Emas ini untuk keluarga saya yang sanggup datang dari Perlis semata-mata bagi memberikan sokongan kepada saya pada hari ini,” jelas Abdul Latif.

Olahragawa­n Kebangsaan 2016 itu memaklumka­n, beliau akan berehat selama dua minggu selepas ini sebelum kembali meneruskan latihan intensif bagi menghadapi Sukan Para Asia 2018 di Indonesia dengan sasaran untuk mempertaha­nkan emas yang dimenangi pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan. - Bernama

 ??  ?? ABDUL
ABDUL
 ??  ?? ABDUL BERNAMA
ABDUL BERNAMA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia