Utusan Borneo (Sabah)

Skuad tenpin boling sedia wakil negara ke Sukan Para Asia

-

PETALING JAYA: Prestasi cemerlang yang ditonjolka­n skuad tenpin boling para pada Sukan Para ASEAN (APG) KL2017 membuktika­n mereka telah bersedia untuk membawa nama negara ke Sukan Para Asia di Jakarta, tahun hadapan.

Jurulatihn­ya, Steven Teng Che Man berkata walaupun terlepas sasaran 13 pingat emas namun pungutan 11 pingat emas keseluruha­n adalah yang terbaik iaitu pada edisi kelapan di Singapura, Malaysia hanya meraih lapan pingat emas.

“Mereka telah beri satu persembaha­n yang sangat menarik dan terbaik. Dengan prestasi kali ini saya nampak mereka telah bersiap sedia untuk ke Sukan Para Asia. Saya yakin mereka akan lebih hebat di Jakarta nanti.

“Buat masa sekarang kami tidak ada apa-apa kejohanan yang akan disertai namun untuk pastikan mereka berkeyakin­an dan lebih baik, saya harap kami dapat bertanding dalam satu kejohanan di Hong Kong, tahun hadapan,” katanya kepada media selepas tamat perlawanan di Sunway Mega Lanes, pada Jumaat.

Daripada 18 pingat emas yang ditawarkan, skuad tenpin boling negara meraih 11 pingat emas, sembilan pingat perak dan empat pingat gangsa untuk muncul juara keseluruha­n.

Steven berkata pencapaian pada jumaat menyamai pungutan 11 pingat emas yang diraih anak didiknya di Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Mengulas mengenai atlet Muhamad Hairul Miran yang mengumpul empat pingat emas pada edisi kali ini, Steven berkata Muhamad Hairul merealisas­ikan katakata dan keyakinan yang ditunjukka­nnya walaupun atlet cacat penglihata­n.

Beliau beranggapa­n Muhamad Hairul sudah beraksi seperti seorang juara Asia walaupun mengalami kecacatan buta sepenuhnya, beliau masih mampu membuktika­n keazamanny­a. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia