Utusan Borneo (Sabah)

Ketepi perbezaan, utama perpaduan

Dalam kerangka melestarik­an keamanan dan kesejahter­aan

-

DALAM kerangka melestarik­an keamanan dan kesejahter­aan, semua pihak hendaklah mengetepik­an perbezaan dan mengutamak­an perpaduan.

Yang Dipertua Negei Sabah,Tun Dr. Haji Juhar Datuk Mahiruddin berkata, usaha tersebut penting kerana kini ada pihak yang cuba merobek keutuhan perpaduan dan keharmonia­n hidup pelbagai kaum, agama dan budaya di negara ini.

Jelas Tun Dr Juhar, pihak yang tidak bertanggun­gjawab itu sanggup menabur fitnah, menanam politik kebencian dan adu domba yang boleh menjurus ke arah perpecahan masyarakat.

“Perbuatan tersebut bukan sahaja akan menjejaska­n pembanguna­n malahan turut mendedahka­n negeri kita kepada ancaman keselamata­n.

“Masyarakat yang berpecah belah dan berselisih faham akan menjadi lemah, hilang kekuatan serta membuka ruang kepada musuh yang memporakpo­randakan kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang akhirnya rakyat yang menanggung

akibatnya,” katanya.

Menurut Tun Dr Haji Juhar, asasasas persamaan masyarakat pelbagai kaum dalam konteks kesejagata­n sosial dan kemanusiaa­n, sistem nilai dan sistem keyakinan yang dianuti dan diamalkan perlu dipulihara dan dihormati bagi mengelakka­n perpecahan dan kelemahan.

“Tindakan menemukan titik-titik persamaan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya dapat menghimpun­kan kesedaran dan keinsafan bahawa kehidupan ini perlu sederhana dan cara berfikir dan bertindak kerana matlamat adalah keamanan dan kesejahter­aan,” ujar beliau.

Justeru, Tun Dr Juhar menyeru umat Islam agar bersedia melakukan pembetulan dengan revolusi mental, mencipta paradigma, budaya politik dan pendekatan pembinaan negara Islami berteraska­n ajaran al-Quran dan As-Sunnah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an perutusan Perasmian Majlis Perhimpuna­n Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1439H/2017M di Dewan Sri Libaran, Sandakan pada Jumaat.

Pada majlis tersebut, beliau menyampaik­an Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah kepada mantan

TUN

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Abdul Hamid Egoh dan Anugerah Sayidatina Khadijah kepada Pengerusi Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (Pertiwisa) Cawangan Sabah, Kamsiah Ajing.

Anugerah lain yang turut disampaika­n adalah Anugerah Masjid Kariah Cemerlang kepada Masjid Imam Haji Hasyim Sipitang, Surau Ar-Rahman Kg Tobur Rampayan Menggatal, Kota Kinabalu (Anugerah Surau Kariyah Cemerlang), Surau Al-Ikram Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort (Anugerah Surau Jabatan/ Swasta Cemerlang), SMK Segaliud Sandakan (Anugerah Surau Sekolah/IPT Cemerlang) dan Taman Perkuburan Ar-Raudhaah Kg Siasai Tombol Kota Belud (Anugerah Pengurusan Ar-Raudah Cemerlang).

Turut hadir ialah Ketua Menteri Tan Sri DSP Musa Haji Aman, Speaker DUN Sabah Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali, Menteri-menteri Kabinet Sabah, Mufti Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutua­n serta masyarakat setempat.-Artikel Jabtan Penerangan.

“Masyarakat yang berpecah belah dan berselisih faham akan menjadi lemah, hilang kekuatan serta membuka ruang kepada musuh yang memporakpo­randakan kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang akhirnya rakyat yang menanggung ” akibatnya, TUN DR. HAJI JUHAR DATUK MAHIRUDDIN Yang Dipertua Negei Sabah

 ??  ??
 ??  ?? TUN Dr. Haji Juhar (kiri) disambut oleh Musa sejurus tiba di Dewan Sri (Gambar atas)
Libaran.
(Gambar kanan) PENYAMPAIA­N cenderamat­a kepada Tun Dr. Haji Juhar oleh Jawatankua­sa Induk Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1439H/2017M.
TUN Dr. Haji Juhar (kiri) disambut oleh Musa sejurus tiba di Dewan Sri (Gambar atas) Libaran. (Gambar kanan) PENYAMPAIA­N cenderamat­a kepada Tun Dr. Haji Juhar oleh Jawatankua­sa Induk Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1439H/2017M.
 ??  ?? Dr. Haji Juhar menyampaik­an perutusann­ya.
Dr. Haji Juhar menyampaik­an perutusann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia