Utusan Borneo (Sabah)

Hayati pengertian hijrah

Umat Islam perlu lebih komited jayakan agenda pembanguna­n

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman mengingatk­an umat Islam agar menghayati semangat dan pengertian hijrah yang sebenar.

Beliau berkata umat Islam tidak seharusnya leka dan lalai dengan apa yang dikecapi pada hari ini, malah berusaha dengan lebih gigih dan komited menjayakan agenda pembanguna­n dalam pelbagai sektor dan meningkatk­an lagi pertumbuha­n ekonomi.

“Apa yang penting adalah semangat perpaduan dan kesatuan ummah melalui pendekatan kesederhan­aan bagi membolehka­n kita terus mengecapi nikmat kemajuan dan kemakmuran.

“Kita jadikan pengajaran penting daripada peristiwa hijrah ini dengan menghindar­i perselisih­an faham dan perpecahan. InsyaAllah, Semoga tahun 1439H membawa lebih banyak kejayaan, kecemerlan­gan dan kesejahter­aan kepada umat Islam khususnya di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri 1439H/2017M yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah , Tuan Yang Terutama Tun Dr. Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin di Dewan Serbaguna Libaran, pagi Jumaat.

Musa berkata, perpaduan bukannya kata-kata retorik mahupun tuntutan politik, tetapi perpaduan adalah perintah Allah SWT. Malah, perpaduan juga menjadi inti yang amat penting dari hijrah Nabi Muhammad SAW.

“Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana begitu banyak nikmat dan rahmat yang dianugerah­kan kepada rakyat dan negeri yang tercinta ini. Antaranya nikmat kemajuan, keamanan dan kemakmuran. Begitu juga dengan wujudnya kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan keharmonia­n rakyatnya yang berbilang suku kaum, agama dan budaya.

“Semua ini dapat kita nikmati dengan adanya semangatpe­rpaduan,kesatuan dan kerjasama bukan sesama kita umat Islam, bahkan juga antara rakyat yang berlainan kaum dan agama,” katanya.

Jelasnya hijrah juga amat sinonim dengan golongan remaja dan generasi muda, yang turut memainkan peranan dalam agenda pembanguna­n ummah.

Beliau berkata TN50 yang digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah agenda kemajuan masa depan negara yang menuntut peranan generasi muda hari ini.

“Kejayaan TN50 ditentukan oleh remaja dan orang muda hari ini. Justeru, generasi hari ini hendaklah dipersiapk­an dengan ilmu, iman dan akhlak. Ibu bapa perlu memastikan anakanak mereka tidak terjebak dengan gejala yang boleh menyusahka­n diri dan orang lain, bahkan boleh menjejaska­n masa depan mereka.

“Apa yang berlaku terhadap tragedi di sebuah madrasah tahfiz baru-baru ini menunjukka­n satu perbuatan segelintir anak remaja yang terjebak dalam dadah dan jauh dari nilai ilmu dan akhlak. Akibatnya, mereka sanggup melakukan tindakan yang tidak terbayangk­an oleh kita, boleh dilakukan oleh remaja bawah umur,” katanya.

Mengenai Sambutan Maal Hijrah ini, Musa berkata ia bukansahaj­aamatpenti­ngbagi mengimarah­kan kehadiran tahun baharu dalam takwim Islam, bahkan ia menjadi wadah untuk menyemarak­kan semangat dan tindakan umat Islam di negeri ini untuk mempertegu­h solidariti ummah sebagai landasan mensejahte­rakan negara.

Ia katanya bertepatan dengan tema sambutan Maal Hijrah tahun ini, iaitu ‘Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara’.

“Tema ini digarap daripada konsep penyatuan ummah berasaskan ikatan ukhuwah Islamiah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam membina negara baharu di Madinah al-Munawarrah sesudah berhijrah dari Makkah al-Mukarramah,” katanya.

“Apa yang penting adalah semangat perpaduan dan kesatuan ummah melalui pendekatan kesederhan­aan bagi membolehka­n kita terus mengecapi nikmat kemajuan dan kemakmuran. Kita jadikan pengajaran penting daripada peristiwa hijrah ini dengan menghindar­i perselisih­an faham dan perpecahan. InsyaAllah, Semoga tahun 1439H membawa lebih banyak kejayaan, kecemerlan­gan dan kesejahter­aan ” kepada umat Islam khususnya di negeri ini. TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? JUHAR dan Musa bersalaman dengan masyarakat Islam pada majlis itu.
JUHAR dan Musa bersalaman dengan masyarakat Islam pada majlis itu.
 ??  ?? MUSA menerima cenderaken­angan daripada Pengerusi Bersama Jawatankua­sa Pelaksana merangkap Timbalan Presiden MPS Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain disaksikan oleh Juhar (tengah).
MUSA menerima cenderaken­angan daripada Pengerusi Bersama Jawatankua­sa Pelaksana merangkap Timbalan Presiden MPS Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain disaksikan oleh Juhar (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia