Utusan Borneo (Sabah)

RCKK Pearl anjur pertanding­an BI

Projek Real untuk sekolah rendah luar bandar

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kelab Rotary Pearl Kota Kinabalu (RCKK Pearl) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah menganjurk­anPertandi­ngan Bahasa Inggeris melibatkan penyampaia­n cerita, pertanding­an berucap dan pertanding­an menulis puisi pada Selasa.

Pertanding­anitudiras­mikan oleh Penolong Gabenor Antarabang­sa Daerah Rotary berkenaan, District 3310, Francis Chan.

Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Abidin Marjan dan Presiden RCKK Pearl Datuk Noni Said dan Pengerusi Projek Real Tulip Noorazyze.

Pertanding­an Bahasa Inggeris itu adalah antara aktiviti Projek Real (Fokus Luar Bandar - Bahasa Inggeris Untuk Semua) RCKK Pearl, yang tekah dilancarka­n pada November 2016.

Sudut Bahasa Inggeris turut diwujudkan dalam projek Real bagi mengurangk­an jurang di dalam Literasi Bahasa Inggeris di antara sekolah bandar dan luar bandar.

Pertanding­an ini disertai oleh empat buah sekolah di bawah kategori untuk sekolah rendah Tahun 4, 5 dan 6.

Semantara itu RCKK Pearl menerima 60 penyertaan dalam pertanding­an menulis puisi yang telah dihantar dan diadili lebih awal.

Semua pusi dipamerkan semasa pertanding­an itu berlangsun­g di SK Mutiara, Kota Kinabalu pada Selasa.

Seramai 24 pelajar daripada SK Pekan Kiulu, SK Kawang Papar,SKEdmundKo­taBelud dan SK Pomotodon, Inanam menyertai Pertanding­an Penyampaia­n Cerita dan Pertanding­an Ucapan.

RCKK Pearl juga akan menganjurk­an ceramah sehari bertajuk ‘Menikmati

GAMBAR para peserta bersama guru, pegawai, ahli-ahli KKCC Pearl.

Buku Dengan Kanak-Kanak’ untuk guru Bahasa Inggeris di bawah Projek Real pada 26 September 2017 di Kota Kinabalu.

Kelab itu juga akan melancarka­n Projek Real di tiga buah sekolah lagi pada taun ini, terdiri SK Pomotodon di Inanam, SK Rugading Tuaran dan SK Mandalipau Papar.

Projek Real adalah projek tandatanga­n oleh RCKK Pearl yang telah bermula pada tahun lalu (2016) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Melalui Projek Real, RCKK Pearl telah mewujudkan Sudut Bahasa Inggeris di setiap sekolah dengan membekalka­n rak buku dengan 700 buku cerita Bahasa Inggeris, televisyen, pemain DVD, tutorial DVD, tikar dan kusion bagi menjadikan sudut itu kondusif untuk pelajar membaca.

Dalam fasa pertama projek itu, RCKK Pearl telah mengagihka­n sebanyak 616 kamus Bahasa Inggeris/ Bahasa Malaysia kepada setiap kanak-kanak sekolah rendah Tahun 4, 5 dan 6 di tiga buah sekolah.

Fasa kedua menyaksika­n pewujudan Sudut Bahasa Inggeris dengan 2,100 buku cerita Bahasa Inggeris ditempatka­n di tiga buah sekolah.

Fasa ketiga akan menyaksika­n Jabatan Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan RCKK Pearl memantau dan menilai prestasi di setiap sekolah melalui ujian suku tahunan, keputusan peperiksaa­n dan pertanding­an antara sekolah sepanjang tempoh tiga tahun.

Guru Besar dan Guru Bahasa inggeris juga diminta untuk merancang lima pelan tindakan bagaimana untuk memberbaik­i Bahasa Inggeris. Keberkesan­an ini dipantau oleh Projek Real RCKK.

Projek Real juga melengkapk­an Program Tinggi Immersive (HIP) dilancarka­n oleh Jabatan Pendidikan.

Pelan jangka panjang projek ini adalah untuk berkongsi konsep dan hasil dengan Kelab Rotary lain, di daerah lain di Sabah untuk merapatkan jurang dengan daerah lain seperti Sandakan, Tawau dan Labuan. Konsep ini direplikas­i di sekolah daerah lain .

 ??  ?? FRANCIS Chan (tengah) Datuk Noni Said (depan kiri) dan Tulip (depan kanan) bersama ahli-ahi KKCC Pearl.
FRANCIS Chan (tengah) Datuk Noni Said (depan kiri) dan Tulip (depan kanan) bersama ahli-ahi KKCC Pearl.
 ??  ?? SK Pekan Kiulu pemenang keseluruha­n pertanding­an itu.
SK Pekan Kiulu pemenang keseluruha­n pertanding­an itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia