Utusan Borneo (Sabah)

Golongan pelajar perlu diasak semangat cintakan negara

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Generasi muda khususnya golongan pelajar sekolah perlu diasak dengan semangat cintakan negara memandangk­an mereka tidak pernah merasai susah payah pejuang zaman dahulu memperjuan­gkan kemerdekaa­n tanah air.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berkata, kebanyakan mereka hanya mendengar cerita atau membaca buku sejarah dan dengan segala nikmat kemajuan dan kemakmuran yang mereka kecapi ketika ini dibimbangi mereka alpa dan lalai untuk terus memelihara keharmonia­n dan kemakmuran yang dinikmati ketika ini.

“Sebagai generasi pelapis yang akan mewarisi pentadbira­n negara, generasi muda mestilah dididik tentang pentingnya semangat cintakan tanah air, agar mereka tidak mudah leka dan alpa dengan kemajuan yang dinikmati.

“Jika tidak diambangi dengan jatidiri serta akhlak yang baik mereka juga terdedah dengan bentuk penjajahan baharu terutamany­a gejala sosial yang boleh merosakan masa depan mereka,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Karnival Bulan Kebangsaan dan Penutupan Ko-kurikulum SMK Chinta Mata, di sini baru baru ini.

Hadir sama Pengetua sekolah itu Mail Suanda, guru guru dan pelajar di sekolah berkenaan.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom berkata, semangat patriotik dan jati diri yang utuh harus disemai di kalangan pelajar di mana dengan adanya kedua-dua eleman ini boleh mejadi alat kawalan kendiri bagi setiap agar mereka tidak mudah terjebak dengan masalah sosial.

Katanya, di peringkat sekolah mata pelajaran Sejarah sudah dinaikkan statusnya menjadi subjek wajib lulus oleh semua murid di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dengan cara ini, katanya pelajar-pelajar tidak boleh lepas tangan dalam soalsoal berkaitan sejarah di samping membentuk mereka menghargai makna sebuah negara.

 ??  ?? GURU-guru dan Mail merakamkan foto bersama Jamawi (tengah) selepas majlis tersebut.
GURU-guru dan Mail merakamkan foto bersama Jamawi (tengah) selepas majlis tersebut.
 ??  ?? JAMAWI menerima cenderaken­angan dari Mail.
JAMAWI menerima cenderaken­angan dari Mail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia