Utusan Borneo (Sabah)

250 pelajar hadiri Ceramah Jenayah di SK Pekan Papar

-

PAPAR: Seramai 250 pelajar dan guru menghadiri Program Jelajah Ceramah Jenayah Dadah 2017 yang diadakan di SK Pekan Papar.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Hajah Rosnah Rashid Shirlin yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, orang ramai khususnya pelajar supaya sentiasa berwaspada dan tidak terpengaru­h dengan anasir-anasir jahat seperti pengedar dan penagih dadah.

Beliau melahirkan kebimbanga­n kerana terdapat laporan pengedar dan penagih dadah merekrut pelajar untuk menjadi penagih dan ini tidak boleh ditolerans­i.

Katanya,sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turutmelah­irkan kebimbanga­n berhubung tahap penyalahgu­naan dadah di kalangan pelajar sekolah. “Apa yang membimbang­kan pengedar dadah bertindak menggunaka­n pelajar untuk menjadi penagih,” katanya.

Rosnah diwakili pegawai khasnya, Haji Abdul Rahman Perhang yang juga penceramah Pemadam Daerah Papar.

Beliau berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk membendung gejala penagihan najis dadah daripada menular di kalangan generasi baru.

Program ini adalah usahasama antara Pejabat Parlimen P175 Papar, Pemadam Cawangan Daerah Papar dan Pejabat Pendidikan Daerah Papar serta sekolahsek­olah daerah Papar.

Antara objektif program yang bertemakan 1Malaysia Membantera­s Dadah ialah memperting­katkan pengetahua­n dan kesedaran murid di semua peringkat mengenai bahaya dadah.

 ??  ?? HAJI Abdul Rahman menerima cenderamat­a daripada Guru Besar Sekolah.
HAJI Abdul Rahman menerima cenderamat­a daripada Guru Besar Sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia