Utusan Borneo (Sabah)

JHEWA terus berusaha bantu golongan wanita

Sedia pelbagai program bantuan, latihan dan kemahiran untuk golongan hawa

-

TIDAK kira di mana berada, di Kaniogan atau Keningau, di Pitas atau Pegalungan, atau katakan di mana saja tempatnya, asalkan untuk kepentinga­n wanita, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) akan cuba sedaya upaya untuk mengunjung­inya.

“Tiada daerah yang tertinggal. JHEWA akan memastikan golongan wanita tidak berkemampu­an dan ibu tunggal akan dapat bantuan dan bimbingan untuk membela nasib mereka,” kata Pengarah JHEWA, Puan Hajah Masnah Matsalleh di pejabatnya.

JHEWA menyediaka­n pelbagai program bantuan dan latihan dan kemahiran untuk membantu golongan wanita termasuk 4,462 ibu tunggal yang berdaftar dengan jabatan itu.

Ini adalah salah satu ‘core business’ Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, sebuah jabatan yang diwujudkan pada tahun 2003. Sebelum itu ia dikenali sebagai Unit Hal Ehwal Wanita Sabah (UHEWS). UHEWS diletakkan di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna sejak 2001. Fungsinya sebagai sekretaria­t dan jentera pelaksana MPWS. Ia berubah menjadi sebuah jabatan pada tahun 2003, apabila Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (kini Tan Sri) bersetuju menaik taraf UHEWS kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah.

Jabatan Hal Ehwal Wanita ditubuhkan dengan objektif meningkatk­an penyertaan dan keterlibat­an wanita dalam pembanguna­n khasnya dan negara amnya melalui perancanga­n, penyelaras­an dan pelaksanaa­n programpro­gram pembanguna­n wanita selaras dengan Dasar Wanita Negara.

Sepanjang tahun ini, sebanyak 305 program dilaksanak­an oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA). Ia meliputi 129 program pembanguna­n Ibu Tunggal seperti pemberian geran Ibu Tunggal, pemberian peralatan untuk Ibu Tunggal, program latihan kemahiran, seminar dan dialog, sembilan program Kepimpinan Wanita Berwibawa, tujuh program Pembanguna­n Gender, 2 program kesedaran (bimbingan dan nasihat), 17 program Majlis Penasihat Wanita Sabah, 17 program promosi keusahawan­an, 85 program pengagihan dan pemantauan geran NGO, 11 Program Jabatan Pembanguna­n Wanita dan 25 program Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga.

Menyentuh mengenai program Kepimpinan Wanita Berwibawa (WOS), Hajah Masnah berkata ia diadakan bagi mencapai sasaran 30 peratus penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan.

Sehingga kini, seramai 244 wanita sudah dilatih di bawah program berkenaan. Program ini diteruskan ke Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11) bagi melatih pemimpin pelapis wanita di sektor awam dan dan politik demi meningkatk­an wanita pembuat keputusan

“Kerajaan melihat wanita secara strategik dan berperanan penting di pelbagai lapisan masyarakat sebagai penyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi, kesejahter­aan sosial dan kemakmuran negara,” kata Hajah Masnah lagi.

Di Sabah peratusan wanita wanita berada diperingka­t premuat keputusan dan BOD adalah masih rendah berbanding peringkat kebangsaan.

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang ditugaskan untuk membangun golongan wanita, JHEWA mengadakan pelbagai program pembanguna­n gender, pembanguna­n ibu tunggal, pembanguna­n keusahawan­an wanita dan sebagainya.

Oleh yang demikian, Jabatan mengadakan pelbagai skim latihan kemahiran untuk melatih wanita untuk mereka mendapatka­n kemahiran seterusnya menjana pendapatan mereka.

Antara yang menarik ialah JHEWA juga menyediaka­n pelbagai latihan kemahiran dalam bidang bidang yang ingin diceburi seperti jahitan, membuat kek dan sebagainya malah menyediaka­n bantuan peralatan. Tidak cukup dengan itu, JHEWA juga memberikan bimbingan, pergi ke tempat mereka untuk memastikan mereka berjaya.

Beliau bertekad untuk JHEWA dapat melaksanak­an peranan untuk membawa kemajuan kepada wanita, menjadi rujukan kepada semua persatuan wanita di Sabah yang memerlukan bantuan.

Terdapat satu bidang lagi yang berpotensi untuk diterokai oleh golongan ibu tunggal dan wanita kurang berkemampu­an untuk menjana pendapatan mereka. Bidang ini amat diperlukan terutamany­a pada zaman kini kerana semakin ramai wanita terutamany­a wanita bekerjaya iaitu rawatan dan penjagaan selepas bersalin. Kebanyakan wanita muda yang lepas bersalin memerlukan khidmat ini.

JHEWA kini melatih kira-kira 20 pangulin yang menawarkan khidmat penjagaan dan rawatan selepas bersalin. Tugas ini dulu dilakukan oleh bidan kampung tetapi kini bidan tidak lagi ramai. Oleh sebab itu, keperluan dan permintaan terhadap pangulin ini makin banyak. Ada pasarannya. JHEWA membantu dengan menyediaka­n tenaga bertauliah untuk melatih mereka membuat rawatan dan penjagaan selepas bersalin.

Sebenarnya banyak lagi program yang dijalankan oleh JHEWA, semata-mata untuk membawa kemajuan dan pembanguna­n dan membela nasib dan hakhak kaum wanita.

JHEWA memainkan peranan yang besar untuk kemajuan dan kepentinga­n wanita di Sabah.Untuk itu mereka sedia menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk memastikan program yang dijalankan menepati

sasaran.

Kerajaan melihat wanita secara strategik dan berperanan penting di pelbagai lapisan masyarakat sebagai penyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi, kesejahter­aan sosial dan kemakmuran negara. PUAN HAJAH MASNAH MATSALLEH Pengarah JHEWA

 ??  ?? HAJAH Masnah ditemurama­h media di pejabatnya.
HAJAH Masnah ditemurama­h media di pejabatnya.
 ??  ??
 ??  ?? PROGRAM Outreach Usahawan Wanita (Tawau, KK, Sipitang dan Tenom) diketuai oleh Dato Janathan Kandok, Pengarah Kastam Sabah merangkap Pengerusi JK Tim Teknis Ekonomi Sosek Malindo (KALTARA) ke Tarakan pd 21-24 Ogos 2017.
PROGRAM Outreach Usahawan Wanita (Tawau, KK, Sipitang dan Tenom) diketuai oleh Dato Janathan Kandok, Pengarah Kastam Sabah merangkap Pengerusi JK Tim Teknis Ekonomi Sosek Malindo (KALTARA) ke Tarakan pd 21-24 Ogos 2017.
 ??  ?? HAJAH Masnah bersama para peserta Bengkel Wanita Berwibawa Kumpulan Pelaksana Fasa 1.
HAJAH Masnah bersama para peserta Bengkel Wanita Berwibawa Kumpulan Pelaksana Fasa 1.
 ??  ?? SALAH satu program yang dianjurkan bersama JHEWA.
SALAH satu program yang dianjurkan bersama JHEWA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia