Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin Korea Utara kata Trump ‘gila’

Beri bayangan rejim mungkin akan meletupkan bom hidrogen di Lautan Pasifik

-

SEOUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump “tidak siuman” dan akan “menanggung harga yang mahal” di atas ugutannya untuk memusnahka­n Korea Utara, kata Kim Jong-un semalam, manakala menteri luarnya membayangk­an rejim itu mungkin akan meletupkan bom hidrogen di Lautan Pasifik.

Dalam serangan peribadi yang jarang dibuat dan diterbitka­n beberapa jam selepas Washington mengumumka­n hukuman lebih ketat, pe-mimpin Korea Utara itu menyelar Trump berhubung ucapan pertamanya di Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana beliau melabel Kim ‘Rocket Man’ dan mengugut untuk “memusnahka­n Korea Utara sama sekali”.

Trump “menghina saya dan negara saya di hadapan mata dunia dan membuat deklarasi perang paling buas dalam sejarah”, kata Kim, lapor Korean Central News Agency (KCNA).

“Saya akan membuat orang yang memegang prerogatif pemerintah tertinggi di AS menanggung harga yang mahal bagi ucapannya,” yang dia anggap “perkara karut yang luar biasa biadap”.

Kenyataan itu diiringi gambar pemimpin Korea Utara itu sedang duduk di belakang meja sambil memegang sehelai kertas.

“Saya dengan pasti akan menjinakka­n penyanyuk AS yang tidak siuman itu dengan api,” katanya.

Dalam acara sampingan di Perhimpuna­n Agung PBB di New York, Menteri Luar Korea Utara Ri Yong-ho memberitah­u pemberita bahawa Pyongyang kini mungkin akan menimbang untuk meletupkan bom hidrogen di luar wilayahnya.

“Saya rasa ia mungkin ujian bom hidrogen pada tahap luar biasa di Lautan Pasifik,” katanya.

Bagaimanap­un dia menambah: “Ia terpulang kepada pemimpin kami, jadi saya tidak begitu tahu.”

Tempelak Kim diterbitka­n selepas Trump mengumumka­n dia sudah menandatan­gani perintah eksekutif untuk melarang firma beroperasi di AS jika mereka berurusan dengan Korea Utara.

Tindakan itu adalah usaha terbaharu untuk memperketa­tkan skru ke atas Pyongyang berhubung program senjatanya yang diharamkan, yang sudah dipercepat­kan dengan ujian nuklear keenamnya – yang terbesar setakat ini – dan pelepasan dua misil ke ruang udara Jepun.

Ia juga timbul selepas Majlis Keselamata­n PBB menyetujui set sekatan selanjutny­a ke atas Korea Utara, bertujuan untuk mengurangk­an keupayaann­ya untuk berdagang dengan dunia luar.

Penganalis­is berkata sekatan itu tidak menunjukka­n sebarang tanda kejayaan, dan memberi amaran bahawa pertikaman lidah yang semakin lantang dan peribadi antara Washington dan Pyongyang tidak memberi petanda yang baik.

“Terdapat beberapa perkara sangat bahaya yang boleh berlaku untuk menggerakk­an ini dari teater kepada realiti. Ini adalah masanya untuk mematahkan­nya, bukan menjadikan­nya rasa tidak dapat dielakkan,” kata John Delury dari Universiti Yonsei di Seoul.

Dia menambah kenyataan peribadi Kim yang jarang dibuatnya, yang dijangka disiarkan oleh televisyen tempatan, mungkin juga ditujukan kepada rakyat Korea Utara.

“Dia memberitah­u negaranya bahawa presiden Amerika di PBB berkata dia akan memusnahka­n kita sepenuhnya – dia akan memusnahka­n anda sepenuhnya – tetapi saya tidak akan membiarkan itu berlaku,” kata Delury kepada AFP.

Washington enggan berunding dengan Pyongyang, walaupun rayuan untuk berbuat demikian oleh China dan Rusia, yang tidak rasa senang mengenai nada Trump yang mahu bergaduh.

Bagaimanap­un dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, Trump membayangk­an pintu dialog terbuka.

“Kenapa tidak?” katanya, apabila ditanya sama ada rundingan dengan Pyongyang boleh diadakan atau tidak.

Pusingan terakhir sekatan AS menyasari perniagaan yang terbabit dalam segalanya dari teknologi kepada kewangan dan perikanan.

Perintah eksekutif Trump turut melarang sebarang pesawat atau kapal yang telah pergi ke Korea Utara daripada mendarat di AS.

Setiausaha Negara AS Rex Tillerson memberitah­u Majlis Keselamata­n PBB: “Korea Utara mungkin menyangka senjata nuklear dapat memastikan kelangsung­an rejimnya. Sebenarnya, senjata nuklear jelas hanya akan membawa kepada pengasinga­n, keaiban dan kerugian yang lebih tinggi.”

China setakat ini mempunyai pengaruh paling tinggi ke atas Korea Utara, dengan menyediaka­n talian hayat ekonomi. Namun ia turut bimbang mengenai akibatnya jika rejim itu tumbang, seperti pelarian atau Korea yang bersatu semula dan bersekutu dengan AS di sempadanny­a.

Menteri Luar China Wang Yi memberitah­u Perhimpuna­n Agung ia tidak terlambat untuk berunding.

“Harapan masih ada untuk keamanan dan kita tidak boleh berputus asa. Rundingan adalah satu-satunya cara keluar dan sewajarnya diusahakan,” kata Wang.

Sentimen itu dikongsika­n oleh Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, yang menyatakan sementara kerajaan mengecam Korea Utara, “histeria tentera bukan sekadar satu kebuntuan, ia adalah bencana”.

Ri, utusan Korea Utara, dijangka bertemu pada hari ini (Sabtu) dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, yang akan mencadangk­an rundingan diplomatik. — AFP

 ??  ?? KIM membuat kenyataan balas mengenai ucapan Trump pada Perhimpuna­n Agung PBB di New York, di Pyongyang, Korea Utara, semalam. — Gambar Korean Central News Agency (KCNA)/ Reuters
KIM membuat kenyataan balas mengenai ucapan Trump pada Perhimpuna­n Agung PBB di New York, di Pyongyang, Korea Utara, semalam. — Gambar Korean Central News Agency (KCNA)/ Reuters
 ??  ?? TRUMP
TRUMP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia