Utusan Borneo (Sabah)

Jet persendiri­an terhempas di Ataturk, 4 cedera

-

ISTANBUL: Sebuah jet persendiri­an terhempas dan terbakar kelmarin semasa melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang antarabang­sa Istanbul, menyebabka­n empat orang tercedera, kata pihak berkuasa.

Insiden itu menyebabka­n penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabang­sa Ataturk dan ketika ia dibuka semula kemudian para penumpang masih lagi mengalami penangguha­n.

Gabenor Istanbul Vasip Sahin berkata pesawat Cessna Citation itu membawa dua juruterban­g, seorang kru dan seorang penumpang, semuanya adalah rakyat Turki.

“Keadaan mereka adalah baik, tiada kematian berlaku dan mereka sedang menjalani rawatan di hospital,” kata beliau, dipetik oleh agensi berita rasmi Anadolu.

“Ia menjejaska­n penerbanga­n buat satu jangka masa singkat namun sekarang ia sudah kembali seperti sedia kala,” tambah beliau.

Sahin berkata pesawat bergerak laju di luar laluan dan terbakar namun para penumpangn­ya berjaya keluar dari pesawat tersebut.

Pengerusi syarikat penerbanga­n negara Turki, Turkish Airlines, Bilal Eksi menulis dalam Twitter bahawa trafik diteruskan dengan menggunaka­n satu laluan dan sekarang kedua-dua laluan boleh digunakan.

Laman sesawang lapangan terbang menunjukka­n beberapa penangguha­n diteruskan, terutama bagi penerbanga­n masuk.

Agensi berita Dogan (DHA) melaporkan pesawat itu berlepas dari lapangan terbang untuk terbang ke daerah pemisah di utara Cyprus, yang hanya diiktiraf oleh Turki.

Namun ia kembali mendarat di lapangan terbang disebabkan oleh satu masalah teknikal ketika ia terbabas dari laluan dan terbakar.

Tidak ada maklumat lanjut mengenai punca masalah pesawat tersebut.

Beberapa gambar menunjukka­n keadaan pesawat yang rosak teruk di satu bahagian di lapangan terbang, diselaputi dengan busa bagi menghalang kebakaran dan kelihatan pecah dua.

Gambar-gambar lain menunjukka­n kepulan asap hitam yang naik dari kawasan lapangan terbang.

Lapangan Terbang Ataturk merupakan salah satu hab paling sibuk di Eropah, menguruska­n sehingga 1,500 ketibaan dan perjalanan sehari.

Trafik udara menjadi semakin pesat di Turki sejak beberapa tahun lepas dan lapangan terbang beroperasi dengan kapasiti penuh.

Pihak berkuasa merancang untuk membuka sebuah lapangan terbang besar baharu bagi Istanbul pada tahun depan yang akan menggantik­an Lapangan Terbang Antarabang­sa Ataturk. — AFP

 ??  ?? ANGGOTA bomba menangani bangkai jet persendiri­an yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Ataturk di Turki, kelmarin. — Gambar Reuters
ANGGOTA bomba menangani bangkai jet persendiri­an yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Ataturk di Turki, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia