Utusan Borneo (Sabah)

Harapan temui mangsa terselamat dalam gempa Mexico mulai pudar

-

KOTA MEXICO: Desakan masa di Mexico kelmarin ketika anggota penyelamat berusaha mencari mangsa terselamat di celah-celah timbunan bangunan yang runtuh akibat gempa bumi yang sangat kuat dua hari sebelumnya, dengan harapan yang mulai pudar ketika masa semakin berlalu dengan pantas.

Pihak berkuasa meletakkan angka kematian akibat gempa bumi sekuat magnitud 7.1 pada Selasa lepas seramai 272 orang, namun ia dijangka akan bertambah lagi dengan lebih 200 orang masih hilang di Kota Mexico.

Anggota sukarela tidak mengendahk­an keletihan bagi mengalihka­n timbunan seberat beberapa tan daripada bangunan yang runtuh di ibu negara dan sekitar beberapa wilayah tengah.

Beberapa orang pakar berkata masa kelangsung­an hidup dalam keadaan sebegini adalah 72 jam, bergantung kepada tahap kecederaan.

Di kawasan kejiranan tengah Roma di ibu negara, anggota penyelamat bergegas untuk mengesan 23 orang dipercayai berada di dalam runtuhan sebuah bangunan pejabat setinggi tujuh tingkat.

Mereka berjaya mengeluark­an 28 mangsa terselamat dari timbunan runtuhan. Tiada kematian dilaporkan di kawasan itu setakat ini.

Ahli keluarga kepada mangsa yang hilang telah menunggu dalam keadaan gelisah bagi sebarang berita.

Adik perempuan Aaron Flores, Karen dan temannya Paulino Estrada telah terperangk­ap di dalam.

Estrada berjaya menghubung­i keluargany­a dengan menggunaka­n telefon bimbit, malah melakukan satu panggilan video. Namun tiada sebarang berita daripada Karen Flores.

“Kami berasa tidak menentu dan terdesak kerana kami tidak mendengar apa-apa daripada beliau lagi,” menurut abangnya yang berusia 30 tahun.

Di lokasi lain, harapan telah bertukar menjadi suasana memilukan.

“Pada jam 1 petang waktu tempatan mereka mengeluark­an mayat ibu saya dari bawah runtuhan, telah mengenal pasti beliau dengan satu nama lain, dan ia tidak sehingga jam 5 petang di mana mereka memaklumka­n berita buruk,” kata Maria Dolores Martinez, 38, di rumah mayat Kota Mexico.

Seorang pakar psikologi menawarkan kaunseling percuma di luar rumah mayat, Aldo Munoz, berkata: “Malangnya negara kita mempu-nyai banyak luka terbuka, dan orang telah mengalami keganasan secara langsung dan kehilangan orang tersayang mereka dalam kejadian gempa bumi benarbenar memerlukan bantuan psikologi.”

Pihak berkuasa meletakkan angka kematian keseluruha­n seramai 137 orang di Kota Mexico, 73 di wilayah Morelos, 43 di Puebla, 13 di wilayah Mexico, lima orang di Guerrero dan seorang di Oaxaca.

Presiden Enrique Pena Nieto berkata pihak berkuasa tidak akan berputus asa bagi pencarian tersebut.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menghubung­i Pena Nieto dan menawarkan bantuan. Satu pasukan pencari dan penyelamat AS telah tiba di Mexico, menurut pihak kedutaan Amerika.

Pasukan penyelamat turut diterbangk­an dari Israel, El Salvador dan Panama serta lebih ramai lagi dijangkaka­n dari Costa Rica, Ecuador, Honduras, Colombia dan Sepanyol.

Tragedi Selasa lepas berlaku hanya dua jam selepas Mexico mengadakan latihan gempa bumi negara, seperti yang ia lakukan setiap tahun sempena ulang tahun 1985. — AFP

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat Israel dan Mexico mengeluark­an mayat mangsa dari runtuhan bangunan selepas gempa bumi melanda Kota Mexico di Mexico, kelmarin. — Gambar Reuters
ANGGOTA penyelamat Israel dan Mexico mengeluark­an mayat mangsa dari runtuhan bangunan selepas gempa bumi melanda Kota Mexico di Mexico, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia