Utusan Borneo (Sabah)

Polis Oklahoma diteliliti secara intensif selepas tembak mati lelaki pekak

-

CHICAGO: Polis di Oklahoma diteliti secara intensif kelmarin selepas ia me-nembak mati seorang lelaki pekak yang tidak memahami arahan mereka, walaupun jiran memaklumka­n kepada anggota polis tentang kecacatan lelaki itu.

Pegawaipol­ispergiker­umah Magdiel Sanchez di Oklahoma City untuk mencari bapanya, yang terbabit dalam satu nahas kereta langgar lari. Sebaliknya mereka membunuh lelaki berusia 35 tahun itu yang tidak dapat mendengar mahupun bercakap, menurut saksi.

Jiran berkata mereka cuba campur tangan dengan menjerit “dia tidak dapat mendengar anda” untuk menghalang kejadian tembakan pada malam Selasa lepas di luar rumah Sanchez, tetapi polis tidak mempedulik­an amaran mereka.

“Apabila polis tiba, semua kami menjerit kepada polis untuk tidak menembak,” kata jiran Julio Rayos kepada pemberita.

Komuniti pekak di Oklahoma mempertika­ikan ke-kerasan yang digunakan oleh polis sehingga menyebabka­n kematian, manakala Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) memberi teguran tajam kelmarin.

“Magdiel Sanchez ditembak di rumahnya sendiri, tanpa pernah melakukan sebarang jenayah,” kata Allie Shinn dari ACLU.

“Sekadar gagal mengikuti arahan adalah satu pembelaan yang tidak dapat diterima bagi penggunaan kekerasan yang membawa maut.”

Sewaktu konfrontas­i itu, Sanchez, memegang dalam tangannya sebatang paip besi sepanjang dua kaki dengan gelung kulit haiwan.

Polis berkata mereka percaya objek itu direka untuk dijadikan senjata.

Sanchez tidak mendengar arahan anggota polis untuk membuang paip tersebut, dan Leftenan Matthew Lindsey melepaskan Taser manakala Sarjan Christophe­r Barnes melepaskan tembakan dengan pistolnya.

Sanchez maut di tempat kejadian.

Kedua-dua anggota polis tidakdipas­angdengank­amera badan tetapi polis menemu ramah beberapa saksi yang bekerjasam­a dengan siasatan jenayah.

“Ia amat memalukan,” kata seorang saksi, yang enggan dikenali, kepada akhbar The Oklahoman.

“Sayapercay­amerekadap­at mengambil senjata-nya tanpa melepaskan tembakan.”

Ketua Polis Oklahoma City Bill Citty kelmarin berkata dia akan berjumpa dengan kumpulan yang mewakili golongan kurang upaya, akhbar itu melaporkan.

“Kami ada tanggungja­wab untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat, tidak kira siapa mereka, kekurangan upaya mereka,” akhbar itu memetik Citty sebagai berkata. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia