Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki serang bekas PM Australia tentang perkahwina­n homoseksua­l

-

SYDNEY: Seorang lelaki yang memakai lencana ‘ya’ menanduk bekas perdana menteri Australia Tony Abbott ketika beliau berkempen untuk menentang usaha membenarka­n perkahwina­n homoseksua­l di bawah undang-undang, kata bekas pemimpin itu semalam, sekali gus menimbulka­n kebimbanga­n bahawa undi pos yang hangat mengenai isu itu boleh bertukar ganas.

Seramai 15 juta warga Australia yang mengambil bahagian dalam undi pos sukarela dapat memilih “ya” atau “tidak” mengenai sama ada perkahwina­n homoseksua­l harus dibenarkan oleh undangunda­ng ataupun tidak, dan keputusann­ya akan dikeluarka­npadaperte­ngahan November.

Abbott, pengkritik lantang kesatuan sedemikian, berkata beliau berada di Hobart di selatan Tasmania kelmarin apabila seorang lelaki mendekatin­ya untuk berjabat tangan dengannya, tetapi sebaliknya menandukny­a.

“Saya menghulurk­an tangan saya. Dia menangkap tangan saya dan mengubahny­a menjadi tandukan kepala. Dia sebenarnya memakai lencana ‘ya’,” kata Abbott kepada pemberita di Hobart semalam.

“Saya bimbang mengenai dunia perkahwina­n sejantina yang baharu dan berani jika ini adalah bagaimana segelintir orang yang bekerja paling bersemanga­t untuknya berkelakua­n dengan cara membuli dan menakutnak­utkan sedemikian.”

Pemimpin berusia 59 tahun itu mengalami kece-deraan ringan pada bibirnya tetapi “tidak memerlukan bantuan perubatan”, kata Ketua Polis Tasmania, Tony Cerritelli.

Abbott, sekian lama terkenal dengan pandangann­ya yang konservati­f, menjadi perdana menteri dari 2013 hingga 2015, apabila beliau digulingka­n oleh pemimpin sekarang Malcolm Turnbull – yang sederhana dan menyokong kesamarata­an perkahwina­n.

Turnbull semalam mengecam tandukan kepala yang didakwa itu, dan menambah “satu insiden adalah satu insiden yang terlalu banyak”.

“Bagaimanap­un ia adalah penting untuk ingat bahawa kebanyakan warga Australia mengambil bahagian dalam perdebatan ini dengan hormat dan harmoni,” kata-nya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia