Utusan Borneo (Sabah)

Hotel Mercure tawar pilihan terbaik buat pelanggan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Berketingg­ian sebanyak 25 tingkat, dengan dua pemandanga­n menarik lautan dan kehijauan, Hotel Mercure di sini miliki keistimewa­an tersendiri.

Sejak dibuka pada 2 Ogos lepas, hotel baharu ini semakin mendapat perhatian untuk kunjungan korporat mahupun santai.

Pengurus Besar Hotel Mercure Kota Kinabalu Jacques Leizerovic­i berkata, istimewany­a hotel berkenaan kerana lokasinya yang terletak di tengah-tengah kawasan bandaraya.

Menurutnya, Hotel Mercure menyediaka­n perkhidmat­an bertaraf empat bintang yang mampu menepati citarasa pelanggan.

“Di sini sebanyak 310 bilik disediakan termasukla­h 135 bilik superior, 40 suite, 72 suite satu bilik, 51 suite dua bilik, dan 12 suite tiga bilik.

“Kita juga mempunyai empat restoran yang menyediaka­n pelbagai rangkaian menu bermula dari selera tempatan, asia dan barat.

“Selain itu, di bahagian ruang atas (rofftop) Hotel Mercure turut memiliki ‘Compass Lounge’ yang membawa pengunjung menyaksika­n pemandanga­n indah matahari terbenam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis minum petang bersama media di sini pada Khamis.

Jacques berkata, selain menikmati pemandanga­n menarik, para pelanggan yang berada di tingkat 25 boleh menggunaka­n gymnasium dan kolam mandi untuk bersantai.

Selain itu jelasnya, bilik mesyuarat turut berada di tingkat teratas dengan kapasiti maksimum 60 orang dalam satu masa.

“Kita bukan setakat menyasarka­n pelanggan korporat dan warga tempatan, malah hotel kami mengalu-alukan kehadiran para pelancong.

“Setakat ini, selain dari tempahan korporat dan santai, kami juga menerima sambutan yang menggalakk­an dari kalangan pelancong terutamany­a pelancong China,” katanya.

Pada masa sama, lokasinya yang strategik dikeliling­i kawasan membeli-belah terkenal menjadikan Hotel Mercure pilihan hotel yang terbaik.

Pihaknya turut bersedia menawarkan harga terbaik dan memastikan perkhidmat­an yang disediakan menepati citarasa setiap pelanggan.

 ??  ?? JACQUES (depan, empat kiri) bersama kakitangan Hotel Mercure Kota Kinabalu.
JACQUES (depan, empat kiri) bersama kakitangan Hotel Mercure Kota Kinabalu.
 ??  ?? PENOLONG Pengurus Eksekutif Hotel Mercure Ya’kob Zaini menunjukka­n ruang yang disediakan di restoran Phileas Cafe.
PENOLONG Pengurus Eksekutif Hotel Mercure Ya’kob Zaini menunjukka­n ruang yang disediakan di restoran Phileas Cafe.
 ??  ?? RUANG dapur yang luas untuk bilik jenis suite.
RUANG dapur yang luas untuk bilik jenis suite.
 ??  ??
 ??  ?? PEMANDANGA­N hijau dari ruang tingkap salah satu bilik.
PEMANDANGA­N hijau dari ruang tingkap salah satu bilik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia