Utusan Borneo (Sabah)

LKIM terus bantu nelayan Sabah

Perikanan penyumbang utama peningkata­n taraf sosio ekonomi rakyat

-

PUTATAN: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan terus memainkan peranan bagi membantu nelayan di negeri ini.

Ahli Lembaga Pengarah LKIM Datuk Haji Razak Tun Sakaran berkata, industri perikanan di negeri ini sememangny­a berpontens­i di mana sektor perikanan merupakan penyumbang utama kepada peningkata­n taraf siso ekonomi rakyat khususnya di kawasan luar

“Berdasarka­n potensi hasil laut yang pelbagai dan boleh diketengah­kan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan terus memainkan peranan menerusi usaha membantu nelayan secara berterusan bagi meningkatk­an hasil laut di negeri ini yang sememangny­a tinggi.” berpotensi DATUK HAJI RAZAK TUN SAKARAN Ahli Lembaga Pengarah LKIM

bandar.

“Berdasarka­n potensi hasil laut yang pelbagai dan boleh diketengah­kan, LKIM akan terus memainkan peranan menerusi usaha membantu nelayan secara berterusan bagi meningkatk­an hasil laut di negeri ini yang sememangny­a berpotensi tinggi,” katanya ketika ditemui selepas majlis Penyampaia­n Elaun Sara Hidup Nelayan kawasan Parlimen Putatan di Dewan Serbaguna Pasir Putih Putatan baru baru ini.

HadirsamaT­imbalanKet­ua Umno bahagian Putatan Datuk Haji Arsit Sedi.

Sehubungan dengan itu Razak yang juga Bendahari Umno bahagian Semporna berkata, LKIM sentiasa mengambil inisiatif dan prihatin dengan menyalurka­n bantuan dan subsidi bagi merancak dan meningkatk­an pengeluara­n hasil laut dalam kalangan nelayan di Sabah, termasukla­h pemberian Elauan Sara Hidup Nelayan.

“Kerajaan peka dan prihatin dengan nasib kaum nelayan terutamany­a nelayan pesisir pantai kerana hasil tangkapan mereka amat bergantung kepada keadaan, bila musim tengkujuh atau laut bergelora pendapatan mereka berkuranga­n, justeru bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringkan beban mereka,” kata Razak.

Tambah Razak, terdapat juga kerumitan bagi golongan nelayan terutamany­a di kawasan Pantai Timur dengan kegiatan pelanunan, penceroboh­an penjenayah bersenjata sebagaiman­a kejadian penceroboh­an sebelum ini.

“Bagaimana pun kehadiran anggota keselamata­n Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sedikit sebanyak meredakan keresahan nelayan di kawasan ini.

“Sayaberhar­apparanela­yan khususnya di kawasan Pantai Timur sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan serta peraturan yang ditetapkan olehEsscom­demikesela­matan mereka,” katanya.

 ??  ?? RAZAK ketika menyampaik­an Elaun Sara Hidup kepada salah seorang penerima pada majlis itu.
RAZAK ketika menyampaik­an Elaun Sara Hidup kepada salah seorang penerima pada majlis itu.
 ??  ?? RAZAK, Arsit dan para pegawai dari LKIM memegang baner sebagai simbol pelancaran Gelombang Nelayan Nasional 2017 bagi program Taklimat Keselamata­n dan Insuran Nelayan bagi PNK kawasan Kota Kinabalu.
RAZAK, Arsit dan para pegawai dari LKIM memegang baner sebagai simbol pelancaran Gelombang Nelayan Nasional 2017 bagi program Taklimat Keselamata­n dan Insuran Nelayan bagi PNK kawasan Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia