Utusan Borneo (Sabah)

KRS SMK K. Marudu lakar sejarah

Tawan puncak Bukit Menungui pada Hari Malaysia

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA MARUDU: Ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) tingkatan enam Sekolah MenengahKe­bangsaan(SMK) Kota Marudu menghayati tarikhpenu­buhanPerse­kutuan Malaysia dengan mendaki Bukit Menungui Kota Belud sebagai aktiviti berfaedah.

Pengarah Projek Pendakian Hari Malaysia Kadet Brendly Alfredzero berkata, aktiviti yang disertai 20 peserta berkenaan dilakukan sebagai tanda mengekalka­n keharmonia­n negara selain menunjukka­n semangat cintakan negara kepada pelajar lain.

Katanya, sepanjang pendakian ke puncak bukit, peserta membawa bersama bendera Malaysia, Sabah serta KRS sebelum dikibarkan di puncak tertinggi di daerah terbabit.

“Sebagai tanda penghayata­n erti kemerdekaa­n dan penubuhan Negara Malaysia pada 16 September, semua peserta yang tiba di puncak turut melaungkan ‘Merdeka’ diikuti nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku,” katanya.

Tambahnya, cabaran yang dirasai sepanjang pendakian tidak menggagalk­an semangat menawan puncak Bukit Menungui sepertiman­a semangat pejuang tanahair yang berusaha memastikan generasi kini mengecapi keamanan serta kesejahter­aan hidup.

Menurutnya, sebagai generasi muda yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang, adalah wajar untuk mereka mengekalka­n semangat cintakan negara selain memastikan keamanan serta keharmonia­n negara terus terpelihar­a.

Pendakian turut disertai guru SMK Kota Marudu Yazid Mahadi, Shirley Ng, Josnah G. Ali Amat yang turut sukakan aktiviti mencabar.

“Aktiviti yang disertai 20 peserta berkenaan dilakukan sebagai tanda mengekalka­n keharmonia­n negara selain menunjukka­n semangat cintakan negara kepada lain.” pelajar

 ??  ?? SUASANA laluan menuju ke puncak Bukit Menungui Kota Belud. (Gambar atas dan di bawah)
SUASANA laluan menuju ke puncak Bukit Menungui Kota Belud. (Gambar atas dan di bawah)
 ??  ?? PESERTA dan guru merakamkan gambar kenangan di puncak Bukit Menungui Kota Belud.
PESERTA dan guru merakamkan gambar kenangan di puncak Bukit Menungui Kota Belud.
 ??  ?? BRENDLY ALFREDZERO Pengarah Projek Pendakian Hari Malaysia Kadet
BRENDLY ALFREDZERO Pengarah Projek Pendakian Hari Malaysia Kadet
 ??  ?? BENDERA Malaysia, Sabah serta KRS yang dikibarkan di puncak bukit.
BENDERA Malaysia, Sabah serta KRS yang dikibarkan di puncak bukit.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia