Utusan Borneo (Sabah)

Tayangan khas ‘The Boss Baby’ di Pustaka Negeri, 7 Okt ini

-

SIRI ‘Movie Under The Stars’ Pustaka Negeri Sarawak kini kembali dan kali ini dengan tayangan filem animasi komputer komedi kartun, ‘The Boss Baby’ terbitan DreamWorks Animation.

Tayangan filem percuma ini adalah anjuran Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur.

Tayangan filem ini akan diadakan pada Sabtu, (7 Oktober 2017) bertempat di Front View, Pustaka Negeri Sarawak dan masa tayangan ialah pada jam 8 malam.

Orang awam adalah dialu-alukan untuk datang awal bagi mendapatka­n tempat yang strategik bagi menonton filem ini dan membawa tikar dan kerusi masing-masing.

Terdapat gerai makanan ringan dan minuman dan juga ‘food truck’ pada malam tersebut.

Turut dianjurkan cabutan bertuah dan semestinya pelbagai hadiah menarik menanti mereka yang bertuah.

Para penonton juga boleh mendapat popcorn percuma dengan menebus tiket filem mereka di kaunter popcorn yang akan disediakan pada malam tersebut.

Oram ramai boleh mendapatka­n tiket di Kaunter Mulitmedia Galeri™ ( MMG ), Aras Bawah, Pustaka Negeri Sarawak.

‘The Boss Baby’ adalah filem ke-8 siri ‘Movie Under The Stars’ anjuran Pustaka Negeri Sarawak.

Antara filem-filem yang telah ditayangka­n di bawah siri ‘Movie Under The Stars’ sebelum ini ialah ‘The Wizard of Oz’ dan ‘E.T. the Extra-Terrestria­l’ pada tahun 2011, ‘Geng Upin & Ipin, Pengembara­an Bermula..’ (2012), ‘Frozen’ (2014), ‘Big Hero 6’ (2015), ‘Inside Out’ dan ‘Kung Fu Panda 3’ ( 2016 ).

Untuk maklumat lanjut, hubungi Dayang Najwa Hazwani Bt Awang Zaini di talian 082-442000 samb 342 atau emel najwa@sarawak.gov.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia