Utusan Borneo (Sabah)

Tayangan khas drama terbaik Anugerah Skrin 2017 di TV3

-

DEMAM Anugerah Skrin 2017 yang bakal kembali sekitar bulan November nanti semakin terasa.

Bagi memulakan fenomena Anugerah Skrin 2017 ini, 13 buah drama antara yang tercalon dalam Anugerah Drama Terbaik Anugerah Skrin 2017 ditayangka­n bermula September ini.

Menurut Pengarah Penjenamaa­n, Kandungan Dan Strategi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Sherina Nordin, acara anugerah itu pada kali ini akan menampilka­n satu kelainan besar.

“Tahun ini merupakan kali pertama kami menyiarkan drama-drama tercalon dari rakan stesen televisyen yang lain seperti RTM dan HYPPTV sebagai tanda penghargaa­n kami kepada semua pihak yang telah berkorban untuk menghidupk­an dan mengangkat martabat karya seni tanah air. Itu merupakan antara kelainan besar yang kami bawakan dalam Anugerah Skrin 2017 dan kami berharap agar inisiatif ini mendapat sokongan padu daripada masyarakat tempatan,” katanya.

Selain itu, pengundian atas talian bagi pencalonan Drama Rantaian Popular Media Sosial juga akan mula dibuka pada pertengaha­n September.

Bermula 15 September hingga 20 Oktober, para peminat Drama Rantaian Popular Media Sosial, Andainya Takdir, Pembancuh Kopi Mr. Vampire dan Pergilah Air Mata boleh mengundi drama pilihan mereka di laman sesawang rasmi ASK 2017 (www. anugerahsk­rin.com) dengan had undian sebanyak dua undian sehari.

Saksikan drama-drama terbaik ini pada setiap Isnin dan Selasa pada pukul 10 pagi bermula 18 September sehingga 30 Oktober 2017.

Hidupkan juga perbualan di media sosial dengan tanda pagar #ask2017. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysi­a.

Berikut adalah senarai telefilem-telefilem ASK 2017 yang bakal disiarkan di TV3 bermula 18 September sehingga 30 Oktober 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia