Utusan Borneo (Sabah)

24 kategori dipertandi­ngkan

-

FESTIVAL Filem Malaysia ke-29 (FFM29) yang bakal berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada malam ini (23 September 2017) akan menyaksika­n sebanyak 53 filem iaitu 41 filem berbahasa Malaysia, enam (Mandarin), lima (Tamil) dan satu (Inggeris) akan bertanding.

Antara filem yang bertanding adalah ‘Bisik

Pada Langit’, ‘Kimchi Untuk Awak’, ‘Hanyut’, ‘Abang Long Fadil

2’, ‘Redha’, ‘Temuan Takdir’, ‘Sindiket’, ‘Aliff Dalam 7 Dimensi’ dan banyak lagi.

FFM29 pada kali ini mempertaru­hkan 24 kategori yang terdiri daripada 18 kategori bertanding, manakala enam daripadany­a anugerah yang tidak dipertandi­ngkan dengan lima finalis sebaliknya dipilih khas oleh juri.

Kemuncak anugerah FFM29 pada malam ini akan menyaksika­n Zizan Razak menggalas tugas sebagai hos utama dan digandingk­an dengan tiga lagi artis wanita iaitu Nabila Huda, Elizabeth Tan serta Thanuja.

FFM29 malam ini juga akan menyajikan persembaha­n daripada artis popular antaranya KRU, Aisyah Aziz, Mirwana, UNIC, Salamiah Hassan, Atilia, Shiha Zikir dan Akim & The Majistret.

Seramai lebih 20 orang selebriti dan karyawan seni akan menyampaik­an anugerah antaranya adalah Osman Ali, Vanidah Imran, Datuk Norman Halim, Pekin Ibrahim, Datuk Eizlan Yusof, Puan Seri Tiara Jacquelina, Fattah Amin,

Fasha Sandha, Remy Ishak, Nora Danish, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Raja Ilya, Faizal Husien dan ramai lagi.

Bertemakan ‘Transforma­si Citra Karya’, FFM29 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) bermula jam 9

malam.

 ??  ?? ELIZABETH TAN
ELIZABETH TAN
 ??  ?? NABILA HUDA
NABILA HUDA
 ??  ?? THANUJA
THANUJA
 ??  ?? HOS FFM29: Zizan Razak menggalas tugas sebagai hos utama selain turut digandingk­an dengan tiga lagi artis wanita iaitu Nabila Huda, Elizabeth Tan serta Thanuja.
HOS FFM29: Zizan Razak menggalas tugas sebagai hos utama selain turut digandingk­an dengan tiga lagi artis wanita iaitu Nabila Huda, Elizabeth Tan serta Thanuja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia