Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki warga asing ditahan

Bersama enam gram syabu

-

Suspek bagaimanap­un gagal melarikan diri selepas berjaya ditahan berhampira­n lokasi kejadian. ASISTEN KOMISIONER M CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Filipina ditahan bersama enam gram dadah jenis syabu semasa Ops Tapis dilaksanak­an di kawasan tanah lapang Kampung Lokub tepi Jalan Sepanggar, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, suspek berumur 24 tahun terbabit ditahan selepas menunjukka­n kelakuan mencurigak­an kirakira jam 4.30 petang.

“Semasa anggota Bahagian

Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) menjalanka­n Ops Tapis suspek yang dalam keadaan mencurigak­an bertindak melarikan diri selepaspo lismemp erkenalkan diri.

“Suspek bagaimanap­un gagal melarikan diri selepas berjaya ditahan berhampira­n lokasi kejadian,” katanya.

Chandra berkata, hasil pemeriksaa­n di badan suspek berjaya menjumpai paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih dipercayai dadah

jenis syabu yang disorokkan di poket seluar suspek.

“Syabu seberat enam gram yang dianggarka­n bernilai RM650 kemudianny­a dirampas untuk siasatan selanjutny­a,” katanya.

Tambahnya, suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, suspek akan disiasatme­ngikut Seksyen39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? SYABU seberat enam gram yang dijumpai di dalam poket seluar suspek semasa ditahan polis.
SYABU seberat enam gram yang dijumpai di dalam poket seluar suspek semasa ditahan polis.
 ??  ?? SUSPEK warga Filipina yang ditahan di kawasan tanah lapang Kampung Lokub tepi Jalan Sepanggar di sini pada Khamis.
SUSPEK warga Filipina yang ditahan di kawasan tanah lapang Kampung Lokub tepi Jalan Sepanggar di sini pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia