Utusan Borneo (Sabah)

Panahan Morogen, Nor Sa’adah sumbang emas tunggal kem memanah

-

KUALA LUMPUR:Kem memanah negara di Sukan Para ASEAN (APG) 2017 akhirnya boleh menarik nafas lega selepas berjaya mengutip satu pingat emas menerusi gandingan K.Morogen/Nor Sa’adah Abdul MOROGEN Komoran (kiri) dan Nor Sa’adah (kanan) meraih pingat emas dalam acara memanah compound campuran terbuka akhir pada Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada

Jumaat. Gambar

BERNAMA Wahab yang beraksi cemerlang dalam kategori compound berpasukan campuran pada hari terakhir acara itu, pada Jumaat.

Pada aksi yang berlangsun­g di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), gandingan negara mempamerka­n aksi terbaik sejak di peringkat separuh akhir apabila menundukka­n pasangan Singapura, Nur Syahida Alim/ Robert Fuchs dengan kemenangan 147-143 mata. Kecemerlan­gan gandingan ‘emas’ negara itu diteruskan ketika turun berdepan pasangan Indonesia, Toto Wastomi/Tutik Yumiati di final. Ternyata kehebatan Morogen/Nor Sa’adah sukar ditanding dan ia dibuktikan apabila mereka berjaya mengumpul 138 mata berbanding pihak lawan yang hanya sekadar mampu mengutip 117 mata keseluruha­n untuk meraih pingat perak. Pingat gangsa bagi acara itu menjadi milik pasangan Singapura, Nur Syahida/Robert yang menewaskan gandingan Thailand Aungaphina­n Anon/Panmai Ratchanee dengan keputusan 142-126. Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Morogen berkata dengan kejayaan bermakna ini be- liau akhirnya boleh tidur lena selepas kecewa apabila gagal menghadiah­kan emas dalam kategori compound individu terbuka lelaki pada Khamis.

Katanya, kejayaan merangkul kilauan emas sulung pada penampilan pertamanya di pentas APG2017 merupakan antara detik paling indah sepanjang hidupnya.

“Hati dan perasaan saya sangat gembira kerana semalaman saya tidak dapat tidur dengan lena apabila mengenangk­an kesilapan yang saya buat sehingga menutup peluang saya meraih emas semalam. Saya tebus balik dengan meraih pingat emas hari ini dan ia ditujukan kepada keluarga serta penyokong tanda maaf saya,” katanya.

Sementara itu, berkongsi kegembiraa­n yang sama adalah Nur Sa’adah yang menyifatka­n prestasiny­a hari ini jauh lebih baik, selain perasaanya lebih tenang serta berkeyakin­an untuk membuat panahan tepat berbanding sewaktu tewas dalam aksi final compound individu terbuka wanita pada Khamis.

Menurut beliau, faktor cuaca panas dan kering juga amat membantuny­a untuk menyesuaik­an diri sebelum memulakan panahan.

“Syukur Alhamdulil­lah sebab dapat juga saya tebus pingat emas ini dan jurulatih pun banyak membantu saya melupakan kekecewaan semalam. Hari ini saya turun dengan fikiran yang lapang dan tidak merasa sebarang tekanan.

“Terus terang saya cakap, saya lagi suka cuaca panas daripada redup sebab ia akan membantu saya ‘cepat panas’ sekali gus ia merangsang otot saya untuk lebih bersedia sebelum beraksi,” katanya. - Bernama

 ??  ?? LANCAR: Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) Dato Juhari Hj Janan melancarka­n Klinik Bola Sepak anjuran Biro Sukan SABAS sempena Pesta Damas 2017 di Padang Majlis Daerah Kinabatang­an. Turut hadir Pengerusi Biro Sukan SABAS Azman Mastar dan...
LANCAR: Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) Dato Juhari Hj Janan melancarka­n Klinik Bola Sepak anjuran Biro Sukan SABAS sempena Pesta Damas 2017 di Padang Majlis Daerah Kinabatang­an. Turut hadir Pengerusi Biro Sukan SABAS Azman Mastar dan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia