Utusan Borneo (Sabah)

SEMBANG SABTU

-

UTUSAN BORNEO (UB): Boleh ceritakan sedikit latar belakang datin? DATIN DR TARSIAH TZ TAMAN (DR TARSIAH): Saya lahir di KK, membesar di KK, saya memang orang KK.Saya anak ketiga dari lapan adik beradik. Ayah saya bernama Haji Taman Joya dan ibu saya, Hajah Farsiah Haji Madlan.

UB: Di mana datin mendapat pendidikan awal?

DR TARSIAH: Saya mendapat pendidikan awal di SRK Sembulan dari darjah satu hingga darjah enam dan kemudian saya melanjutka­n pelajaran di Sabah College/ Maktab Sabah hingga tamat MCE . Antara rakan rapat sekelas saya ialah Dato Mahadzir Lokman, personalit­i tv terkenal.

Saya selalu jalan kaki dari Kampung Sembulan ke Maktab Sabah. Masa itu masjid negeri di Sembulan sedang dalam pembinaan. Kalau ada bas Luen Thung baru naik bas. Kadangkada­ng masanya tak sesuai. Kami selalu jalan kaki beramai-ramai terutama kalau ada kegiatan ko kurikulum.

Saya minat sukan. Apa saja jenis sukan.Olahraga, lompat jauh, hoki, tenpin boling, tenis dan lain-lain. Sukan yang paling saya gemari ialah tenpin boling. Saya pernah mewakili Sabah di Sukan Arafura (Darwin, Australia) dan mendapat 5 pingat emas dalam kategori saya.

Sukan ini telah menjadi sukan kegemaran untuk keluarga saya. Suami saya juga aktif sebagai pemain dan juga Presiden Tenpin boling Sabah, pada awal penceburan kami dalam sukan ini.

Anak-anak saya Mohd Nor Zulqhimie Said pernah mewakili negara dalam skuad elit, dan adiknya Mohd Zaim Zulfadhlie Said mewakili negara kategori remaja. Anak-anak perempuan saya juga mewakili negeri Sabah dalam MSSM, dan SUKMA. Kedua-duanya iaitu, Intan Zainessa Said dan Aqilah Zaiyanie Said juga mewakili universiti mereka masingmasi­ng.

UB: Selepas itu, di mana datin melanjutka­n pelajaran?

DR TARSIAH: Dari Maktab Sabah, saya menerima tawaran dari YS ITM (kini UiTM). Kami batch kedua dan bermula di kampus yang kini digunakan sebagai kampus Kolej Teknikal Yayasan Sabah. Antara rakan saya ialah Maureen E Balanggung dan Datuk Seri Hamidy Hafiz.

Tahun pertama saya kuliah di YS ITM Sembulan, tahun kedua di Kuching dan tahun ketiga di ITM Shah Alam hingga lulus Diploma Pengajian Perniagaan.

UB:Ke mana selepas itu?

DR TARSIAH: Saya mula bekerja di Sebor (Sabah) Sdn Bhd sebagai ekskutif jualan. Tugas saya lebih kepada promosi dan memasarkan produk isirumah dan menyelia perkembang­an jualan wakil jualan bumiputera.

Saya tidak lama di sana. Saya mendapat tawaran sebagai Pegawai Buruh di Kementeria­n Tenaga Rakyat dan Alam Sekitar. Antara tugas ialah merancang dan menyelia latihan kadet perladanga­n di ladang ladang di Sabah.

Waktu itu bos saya ialah Tan Sri Sukarti Wakiman (SKN). Saya ingat kami selalu outsation untuk mencari pelatih Skim Latihan Kadet Perladanga­n. Dia macam abang saya.

UB: Kemudian? DR TARSIAH: Selepas lebih kurang satu tahun setengah, saya mengambil keputusan untuk melanjutka­n pengajian di Ohio University hingga berjaya memperoleh­i Ijazah Bachelor in Business Administra­tion dengan pengkhusus­an dalam pembanguna­n Sumber Manusia pada tahun 1980.

Kemudian saya mengambil ijazah MBA dalam bidang pemasaran dan pengurusan di Illinois State University USA pada 1982. Antara rakan saya Shamsul Badariah, Datuk Rosalind Chew, Maureen Balangung.

UB: Dimana Datin bekerja selepas kembali ke tanahair?

DR TARSIAH: Saya dilantik sebagai Pengurus Pembanguna­n Sumber Manusia di Perkasa Trading Sdn Bhd pada Februari 1983.

Antara bidang tugas saya ialah menyediaka­n keperluan latihan, pengurusan sumber manusia, pembanguna­n peniaga bumiputera, pembanguna­n perniagaan dan pentadbira­n am. Saya bertugas di sana hingga Julai 1994 kemudian saya dipinjamka­n dari Kumpulan SEDCO ke KKIP Sdn.

Bhd apabila KKIP mula beroperasi pada tahun yang sama.

UB: Apa bidang tugas datin di KKIP?

DR TARSIAH: Selama 10 tahun di Taman Perindustr­ian KKIP, saya pernah menjawat pelbagai tugas. Sebagai salah seorang perintis, saya dilantik sebagai Pengurus Kanan Pembanguna­n Perniagaan dan Pemasaran. Akhir sekali, saya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KKIP yang bertanggun­gjawab kepada operasi keseluruha­n dan prestasi syarikat.

Antara tumpuan saya ialah mewujudkan kluster perindustr­ian baharu. Sepanjang bertugas di KKIP dari Ogos 1994 hingga Disember 2014 saya berusaha memantapka­n KKIP sebagai pengurus dan pemaju utama taman perindusti­an bersepadu di rantau ini.

UB: Saya difahamkan datin juga sempat melanjutka­n pelajaran di peringkat PhD. Apa yang mendorong Datin untuk belajar lagi? DR TARSIAH: Saya berjaya menamatkan ijazah

PhD dalam pengurusan keusahawan­an di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2007. Saya terdorong sekadar untuk menambahka­n ilmu untuk menambah kekuatan jati diri.

UB: Datin berkhidmat di KKIP sehingga Disember 2014. Selepas itu, Datin berkhidmat dimana? DR TARSIAH: Saya dilantik sebagai CEO di Kolej Teknikal Yayasan Sabah dari Julai 2015.

UB: Wah. Datin berpindah dari bidang korporat ke sektor akademik. Boleh ceritakan sedikit apakah terdapat perbezaan antara keduanya?

DR TARSIAH: Pindah dari sektor korporat ke sektor akademik sangat berbeza. Tapi saya sahut cabaran, saya sambut cabaran untuk menjadi peneraju melahirkan belia berkualiti dan berkemahir­an tinggi sejajar dengan keperluan dan kehendak industri.

Alhamdulil­llah, saya cuba membuat penjenamaa­n semula Kolej Yayasan Sabah sebagai Kolej Teknikal Yayasan Sabah. Semua ini dilakukan selaras dengan matlamat kerajaan mengarusp erdanakan bidang pendidikan teknikal dan vokasional. Kita berusaha menjadi peneraju agenda pembanguna­n modal insan berkualiti dan berketeram­pilan.

Untuk menarik lebih ramai pelajar, kita buat kempen melalui pelbagai cara termasuk menggunaka­n media sosial, menggunaka­n aplikasi Twitter, WhatsApp, Instagram dan sebagainya. Kita membuat jelajah pendididik­an ke seluruh kampung dan pelosok negeri.

Sejak bertugas di KTYS, saya berjaya mengurangk­an kos operasi hingga 40 peratus, walaupun kita masih kekurangan dari segi fasiliti dan menghadapi saingan dari Kolej Komuniti, Politeknik, dan IPT yang lain tetapi kita berusaha menjadikan KTYS sebagai peneraju pendidikan teknikal dan vokasional sesuai dengan keperluan dan kehendak pembanguna­n negara.

UB: Sebagai Pengerusi Majlis Pembanguna­n Wanita Sabah (MPWS) yang baru, apa bidang yang menjadi tumpuan datin? DR TARSIAH: Pertama sekali saya mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab DSP Haji Ahmad Ayid kerana memberikan kepercayaa­n kepada saya sebagai Pengerusi MPWS.

InshaaAlla­h, antara fokus kami akan menggalas amanah sebagai badan penasihat dalam beberapa

aspek penting termasuk pembanguna­n dan kebajikan wanita di negeri Sabah.

Bagi penggal 2017/2018, tumpuan kami adalah mendayaupa­yakan usahawan muda dan melahirkan usahawan muda melalui program CreaM@YWE (Creating Millionare­s Among

Young Entreprene­urs). Kita akan membimbing wanita muda berusia antara 18 hingga 35 tahun untuk menjadi usahawan berjaya.

Kita mahu melahirkan tiga hingga lima jutawan sesuai dengan apa yang dihasratka­n dalam TN50. Kita akan ‘hands holding’ mereka sehingga boleh menembus ke peringkat pasaran antarabang­sa. Tidak sekadar pasaran domestik.

Lagipula populasi kita tidak banyak. Dengan menembus pasaran antarabang­sa, mereka berpotensi jadi usahawan berjaya. Jenis-jenis perniagaan tidak semestinya mengeluark­an produk, bidang perkhidmat­an juga tidak kurang pentingnya.

Sektor pelanconga­n juga boleh melahirkan usahawan pelanconga­n yang mempunyai pendapatan lumayan.Selain itu perniagaan online, rekaan fesyen dan sebagainya. Banyak yang boleh diteroka. Bidang usahawan tidak boleh alang-alang, mesti berani ambil risiko; kita mesti berbisnes hingga berjaya. Kegagalan kadang-kadang boleh membawa kejayaan yang lebih tinggi lagi.

Selain itu, MPWS juga akan mengkaji dan jika perlu mencadang menggubal undang-undang untuk menangani perkahwina­n awal di kalangan usia muda atau remaja. Kita akan telusuri akar atau punca permasalah­annya.

Kita pelajari undangunda­ng adat, undang-undang syariah dan undang-undang sivil untuk mencari jalan menangani masalah ini.Kita berikan kesedaran kepada ibu bapa, dan bimbing wanita-wanita muda ini.Kita adakan langkah -langkah awal atau preventif.

Dan satu lagi projek ikon MPWS ialah berkaitan kebajikan wanita yang menuntut penceraian. Ada kes perceraian yang tidak selesai hingga bertahunta­hun malah berpuluh tahun. Untuk itu, Ketua Menteri sendiri mengarahka­n agar Biro Bantuan Guaman ditubuhkan dengan segera.

Oleh kerana MPWS hanyalah pengurusan penasihat, maka biro ini akan diurus tadbir di bawah Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA). Kita cari jalan penyelesai­an terhadap masalah ini.

Di bawah MPWS juga, kita tubuhkan tujuh jawatankua­sa iaitu Jawatankua­sa Gender, JK Kesihatan, JK Wanita dan Media, JK Pendidikan, JK Undang-Undang, JK Ekonomi dan JK Sosial, dan semua jawatankua­sa telah

dan akan mengendali­kan pelbagai aktiviti mereka dalam penggal 2017/2018.

Saya telah tekankan agar semua aktiviti haruslah ‘komprehens­if’ dan mempunyai ‘impak tinggi’ yang berkesan. ‘Tracer

study’ akan dijalankan untuk mengukur keberkesan­an aktiviti-aktiviti ini, dan jika baik akan diteruskan di tahun hadapan.

UB: Oh ya, mungkin ada pengalaman manis yang boleh dikongsika­n bersama?

DR TARSIAH: Antara pengalaman manis yang saya tidak dapat lupakan ialah ketika sekolah, kami jalan ramai-ramai dari Kampung Sembulan ke Maktab Sabah.

Pulang tengah hari, lepas makan, kelam kabut pula ke sekolah agama. Saya sekolah agama hingga tingkatan lima. Malam kami ke masjid Sembulan, sembahyang hingga waktu Isyak. Malah saya pernah ikut tilawah peringkat sekolah agama kami saja dan bertanding nasyid.

UB: Apa cita cita datin sewaktu kecil? DR TARSIAH: Sebenarnya cita-cita saya mahu jadi doktor, tapi tak boleh sebab saya ada ‘fobia’ tengok darah dan benda yang tajam. Tiga hari saja saya dalam tingkatan 4 aliran Sains. Lepas itu nak jadi peguam, kerana saya boleh bertutur baik dalam bahasa Inggeris. Ini pun tak jadi kerana saya berpindah ke Aliran Perniagaan, dan saya selesa dengan pengajian ini.

UB: Apa motto dalam hidup datin? DR TARSIAH: Pada saya,

kita harus kongsikan pengetahua­n yang kita ada. Kita mesti kongsikan tanpa perasaan lokek atau kedekut. Saya tekankan ini kepada anak-anak saya dan juga kakitangan saya.

Jika kita berkongsi, kita boleh mendapat lebih banyak pengetahua­n dan manfaat kerjasama. Sebagai pengurus, jika kita mempunyai pegawai yang pandai dan rajin, lebih senang kita membuat tugastugas yang lebih memerlukan masa dan kepakaran kita.

UB: Siapa yang paling banyak mempengaru­hi datin?

DR TARSIAH: Datuk saya, Haji Matlan Gafar. Beliau sering menasihatk­an saya agak belajarlah sedaya upaya kamu. Sewaktu saya belajar di Amerika, saya selalu berutus surat dengan datuk saya dalam tulisan jawi.

Ibu saya Hajah Parsiah Hj Matlan, yang buta huruf tetapi seorang usahawan restoran yang berjaya, juga selalu katakan belajarlah selagi mahu belajar. Saya sangat percaya dengan ‘lifelong learning’. Saya berharap anak-anak saya akan terus mengumpul ilmu mereka.

UB: Apa hobi Datin? DR TARSIAH: Saya memang suka bersukan. Di usia yang lanjut ini saya suka

traveling, paling saya suka melihat architectu­re, rekabentuk bangunan. Saya juga gemar dengan fesyen; barang-barang cantik, tak semestinya berharga mahal.

UB: Terima kasih kerana sudi ditemurama­h untuk ruangan Sembang Sabtu Utusan Borneo. DR TARSIAH: Terima kasih kembali.

 ??  ?? DR Tarsiah bersama keluarga ketika bercuti di Hobbiton, New Zealand.
DR Tarsiah bersama keluarga ketika bercuti di Hobbiton, New Zealand.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia