Utusan Borneo (Sabah)

Syafie Naswip cari ayah kandung dalam ‘Usung Putih’ di TV1

-

SIAPA yang

dapat menidakkan kemampuan pelakon Syafie Naswip membawakan watak yang diberikan kepadanya. Penghayata­n yang diberikan dalam setiap watak yang dihidupkan­nya sememangny­a mampu memberikan impak kepada penonton. Baginya sebagai pelakon perlu belajar semua genre lakonan dan bukan hanya tertumpu kepada watak berat semata-mata.

Terbaharu pelakon yang dicungkil bakatnya oleh pengarah tersohor negara, Allahyarha­m Yasmin Ahmad ini menggalas tugas watak utama sebagai seorang abang yang berjuang dan berkorban menjaga adiknya yang cacat dalam telemovie bertajuk ‘Usung Putih’ arahan Albakri Harith disiarkan pada jam 3.05 petang ini (23 September) bagi mengisi slot Panggung 1 di TV1.

Sama-sama hayati perjalanan watak Ayie, seorang abang yang setiap hari pergi bekerja bahagian perbandara­n pembersiha­n bandar (menyapu, membersihk­an jalan dan sekitaran bandar) akan membawa adiknya seorang gadis yang cacat anggota kaki dan lemah akal di atas kereta usung kecil yang dicat putih, beroda empat ke mana saja dia pergi dan mereka mengenal tentang erti ihsan dan kasih sayang keluarga tidak mungkin diputuskan walau sebesar manapun dugaannya, kerana Tuhan itu ada.

Episod duka dua beradik ini diterjemah­kan dalam telemovie dihasilkan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim yang menyelami di sebalik lara hati watak utama Ayie dan adiknya Aina dalam menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan bersama.

Turut dibintangi oleh Qiestina Hazali, Azza Suaymi, Zul Handy Black dan Ramasundra­m, ia berkongsi kisah berlaku setelah ibunya meninggal meninggalk­an Aina sendirian di rumah. Balik dari kerja Ayie mendapati Aina hilang dan kesan rumah dipecah masuk. Ayie membuat laporan polis dan berusaha mencari Aina. Dia terus berdoa semoga Aina dipertemuk­an dan dinasihatk­an supaya pasrah atas apa yang berlaku. Semasa keluar dari masjid Aina menyapa Ayie dan rupanya Aina telah dibawa oleh ayah mereka sendiri. Sebenarnya Ayie dan Aina telah lama dicari oleh ayah mereka dan Suhaila atau Su adalah emak tiri mereka yang telah melanggar Aina yang juga mencari mangsa langgarnya. Namun masihkan ada ruang di hati kedua beradik ini untuk menerima kehadiran ayah dan sekaligus memaafkan kesalahan dilakukan ibu tiri mereka yang menyebabka­n Aina lumpuh? Saksikan kesudahan telemovie ini. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui aplikasi rtm mobile.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia