Utusan Borneo (Sabah)

Tarik generasi muda ke arah hidup sihat

-

TAWAU: Kesibukan hidup dengan pelbagai aktiviti harian membuatkan ramai individu alpa dan leka sehingga mengabaika­n kesihatan diri.

Tidak kira peringkat usia, golongan pelajar mahupun yang telah bekerja, kesihatan diri sebenarnya memainkan peranan penting yang membawa kebahagiaa­n hidup di masa depan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, bagi memastikan tahap kesihatan rakyat di negeri ini sentiasa berada di aras memberangs­angkan, kerajaan sentiasa mengemblen­g usaha dan tenaga menampilka­n idea baharu menerusi penganjura­n pelbagai program kesihatan di negeri ini dan juga daerah Tawau.

Beliau berkata, antara program yang menjuruska­n kepada pembanguna­n kesihatan adalah dengan membuka pusat rekreasi, riadah dan gimnasium.

Katanya, trend bersenam di gimnasium pada masa kini menjadi satu aktiviti yang semakin diminati. Bukan sahaja lelaki, amalan gaya hidup sihat ini turut mempengaru­hi wanita dan golongan tua.

“Selain menjadi trend, mengunjung­i gimnasium juga adalah satu keperluan kepada orang ramai disebabkan perubahan gaya hidup pada masa kini. Faktor gaya hidup yang berubah menyebabka­n ramai orang menjadikan aktiviti bersenam di gimnasium sebagai keperluan untuk mengekalka­n kesihatan di samping menjaga penampilan.

“Tujuan setiap individu datang ke gimnasium juga berbeza-beza. Dahulu, golongan lelaki lebih ramai ke gimnasium untuk melakukan senaman latihan beban (weight training), kini merekalebi­hmenumpuka­nuntuk kekal aktif dan menguruska­n badan,” katanya.

Hamisa menambah pada masa kini, senaman bukan lagi aktiviti bosan yang dilakukan untuk penjagaan kesihatan sematamata.

“Penceburan dalam bidang ini dapat melatih anak anak muda kita serta memberi kesihatan yang terbaik melakukan senaman seperti ini samasa cuti sekolah.

“Ini memberi peluang kepada anak-anak muda yang jauh dari Komplek Sukan Tawau datang ke tempat ini untuk bersenam apabila mereka masa lapang mereka,” ujarnya.

Beliauberk­atademikia­nsemasa merasmikan Pusat SF Gym dan Studio Fitness yang diusahakan oleh Mohd Fazri Abdullah di Jalan Kobota bersebelah­an pusat membeli belah Giant.

Sementara itu Mohd Fazri berkata orang ramai semakin menggemari dan mengunjung­i gimnasium dengan majoriti pengunjung­nya adalah lelaki.

“Sambutan yang diterima amat menggalakk­an kerana gimnasium adalah lokasi terbaik dan selamat untuk melakukan senaman.

“Ini kerana ruangannya lebih selesa dan tertutup di samping menyediaka­n perkhidmat­an menyeluruh serta waktu operasi yang panjang,” jelasnya.

 ??  ?? HAMISA bergambar kenangan bersama pemilik pusat SF Gym dan Studio Fitness, Mohd Fazri Abdullah (berdiri dua dari kiri).
HAMISA bergambar kenangan bersama pemilik pusat SF Gym dan Studio Fitness, Mohd Fazri Abdullah (berdiri dua dari kiri).
 ??  ?? MERASMIKAN Pusat SF Gym dan Studio Fitness Tawau.
MERASMIKAN Pusat SF Gym dan Studio Fitness Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia