Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kesedaran banteras rasuah

Langkah merakyatka­n SPRM menerusi Kejar 17

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

MEMBAKUT: Langkah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah mengadakan Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 (Kejar 17) adalah usaha proaktif ke arah meningkatk­an kesedaran orang ramai untuk bersama-sama membantera­s rasuah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Arifin Arif berkata, usaha merakyatka­n SPRM itu dapat memanfaatk­an masyarakat di peringkat akar umbi.

Katanya, ia membolehka­n rakyat menghayati peranan agensi berkenaan dalam memastikan amanah dan integriti pada tahap terbaik.

“Saya bagi pihak pimpinan adat dan masyarakat Membakut mengalu-alukan langkah yang dilaksanak­an SPRM ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelepasan Rombongan Kejar 17 di sini pada Sabtu.

Hadir sama Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Sabli dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Membakut Sanuddin Ismail.

Konvoi rombongan itu berlepas dari Dataran Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n Kerajaan Sabah (KPKPS) jam 6.30 pagi dan kemudian singgah di Pekan Papar sebelum ke Membakut dan Beaufort, dan berakhir di Sindumin, Sipitang.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut berkata warga daerah ini menghargai inisiatif SPRM mengadakan Kejar 17 dan singgah di daerah ini.

Katanya, ia sesuai dengan konsep Hijrah yang baru diraikan ke arah kebaikan bersama dan yakin ia dihayati bersama.

Beliau juga berkata langkah merakyatka­n SPRM itu sebagai susulan Ikrar Banteras Rasuah (IBR) yang ditandatan­gani oleh wakil rakyat kira-kira tiga bulan yang lalu.

“Saya bagi pihak pimpinan adat dan masyarakat Membakut mengalu-alukan langkah yang dilaksanak­an SPRM ini.

DATUK ARIFIN ARIF Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta konvoi merakamkan gambar kenangan bersama Arifin ketika tiba di Membakut.
SEBAHAGIAN peserta konvoi merakamkan gambar kenangan bersama Arifin ketika tiba di Membakut.
 ??  ?? ARIFIN berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
ARIFIN berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
 ??  ?? ARIFIN menandatan­gani kain rentang sempena program Kejar 17.
ARIFIN menandatan­gani kain rentang sempena program Kejar 17.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia