Utusan Borneo (Sabah)

72 murid SK Kipaku hadiri program Ceremah dan Pameran ADDK

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Seramai 72 murid tahap dua Sekolah Kebangsaan (SK) Kipaku telah menghadiri Program Ceremah dan Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang diadakan di sekolah tersebut baru-baru ini.

Guru Besar Nordin Jaini dalam ucapannya mengucapka­n terima kasih kepada semua staf yang terlibat dalam menjalanka­n program ini terutamany­a kepada pegawai dari AADK Keningau Razmil Hasimudin dan James @Johari serta pemenang pingat emas Sukan Sea Rayzam Shah Wan Sofian atas perkongsia­n sesi motivasi dalam program tersebut.

Katanya, program anjuran bersama Unit Penddikan Pencegahan Dadah (PPDa) sekolah ini merupakan salah satu pengisian untuk sekolah ini yang mengikut pertanding­anPPDaperi­ngkat negeri selain sebagai aktiviti lepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk pelajar tahun enam.

Antara intipati ceramah tersebut adalah penerangan tentang bahaya dadah dan kesan kepada individu yang mengambiln­ya.

Booth pameran juga dibuka untuk memberi pengenalan kepada pelajar mengenai jenis-jenis dadah serta pameran bergambar akibat kesan pengambila­n dadah.

Rayzam Shah dalam perkongsia­nnya menerangka­n program kecergasan dan kegiatan sukan mampu membendung individu daripada terpengaru­h budaya negatif seperti penyalahgu­naan dadah.

Beliau yang juga Ikon AADK berkongsi kebaikan bersukan yang antaranya dapat mengekalka­n badan yang sihat dan sentiasa fokus kepada aktiviti yang dibuat.

Program yang berakhir pada tengahari ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG Juroh Gasang, Timbalan Yang Dipertua PIBG Bede Rukasim, guruguru sekolah, ibubapa pelajar dan wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

 ??  ?? WARGA sekolah, guruguru dan murid-murid bergambar bersama-sama dengan Rayzam Shah, Nordin, pegawai dari AADK, pemimpin PIBG dan KRT selepas program itu.
WARGA sekolah, guruguru dan murid-murid bergambar bersama-sama dengan Rayzam Shah, Nordin, pegawai dari AADK, pemimpin PIBG dan KRT selepas program itu.
 ??  ?? RAYZAM Shah bersalaman dengan murid-murid sekolah sebaik ketibaanny­a pada program itu.
RAYZAM Shah bersalaman dengan murid-murid sekolah sebaik ketibaanny­a pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia