Utusan Borneo (Sabah)

Kepimpinan parti sokong Lajim dipilih sebagai presiden

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Barisan kepimpinan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan terus menyokong kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias Datuk Seri Panglima Lajim Ukin untuk dilantik semula menjadi presiden parti pada Persidanga­n Agung Tahunan Perwakilan Oktober depan.

Naib Presiden 1 Harapan Rakyat Patrick Sadom berkata, pihaknya juga yakin kepimpinan di semua peringkat bahagian juga akan turut mengusulka­n cadangan bagi tujuan sama apabila semua bahagian kini sedang menjalanka­n mesyuarat agung.

“Seperti mana yang semua sedia maklum, beliau (Lajim) kini dilucutkan jawatan sebagai presiden parti berdasarka­n Akta Pertubuhan 1966 yang ditetapkan meskipun status kebankrapa­n terhadapny­a sudah dibatalkan.

“Namun dipihak kepimpinan parti dan seluruh bahagian di Sabah dan Labuan, kami semua akan terus menyokong beliau untuk dilantik semula menjadi presiden pada 26 Oktober depan,”katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, isu yang berlaku terhadap Lajim tidak memberi kesan atau melemahkan pentadbira­n parti malah sokongan terhadapny­a terus kukuh.

“Meskipun isu ini tidak melibatkan rakyat dan hanya bersifat peribadi namun kami sentiasa ada bersama beliau untuk memberi sokongan moral bagi berdepan saat getir.

“Krediabili­ti beliau memimpin parti langsung tidak tergugat malah kami akan berjuang untuk menuntut hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),”katanya.

Dalam pada itu, Patrick turut meminta semua pihak untuk tidak mempolitik­kan isu yang sudah diselesaik­an sepenuhnya.

“Beliau (Lajim) adalah mangsa keadaan dan isu ini juga langsung tidak membawa kesan negatif terhadap rakyat,”katanya.

Sementara itu, Naib Presiden 3 Harapan Rakyat Jaafar Ismail berkata, pihaknya turut mencadangk­an Lajim dilantik semula sebagai presiden parti pada Persidanga­n Agung Tahunan Perwakilan Oktober depan.

“Dipihak kami khususnya di Bahagian Kimanis, seluruh kepimpinan bahagian termasuk Pemuda, Wanita dan Wanita Muda akan berdiri teguh bersama beliau (Lajim).

“Kami juga akan membawa usul bagi mencadangk­an Datuk Lajim dilantik sebagai presiden pada persidanga­n agung kelak,”katanya.

 ??  ?? PATRICK
PATRICK
 ??  ?? JAAFAR
JAAFAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia