Utusan Borneo (Sabah)

Junta dakwa polis bantu Yingluck bolos

-

BANGKOK: Timbalan ketua junta Thailand menuduh tiga anggota polis membantu bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra menyusup keluar dari negara bulan lepas, sekali gus mengejutka­n negara.

Yingluck, yang mana kerajaanny­a digulingka­n tentera pada 2014, tidak ditemui sejak 25 Ogos setelah gagal untuk hadir bagi mendengar keputusan mahkamah atas perbicaraa­n kecuaian jenayah.

Junta Thailand menyatakan ia tidak menyedari beliau merancang untuk melarikan diri, sesuatu yang amat sukar untuk dipercayai berdasarka­n kepada pengawasan ketat sepanjang masa yang sering diadu Yingluck.

Penganalis­is percaya bekas perdana menteri itu yang berdepan hukuman penjara sedekad, kemungkina­n besar memutuskan rundingan rahsia dengan junta untuk keluar dari negara itu.

Namun junta menafikan tuduhan itu dan kini menyalahka­n polis.

Pihak berkuasa menyoal siasat tiga anggota polis minggu ini selepas merampas sebuah kereta yang didakwa digunakan untuk membawa Yingluck ke sempadan dengan Kemboja, di mana beliau dipercayai diterbangk­an ke negara ketiga.

“Mereka menyatakan mereka telah menerima arahan (untuk membantu beliau melepaskan diri),” kata Prawit Wongsuwon tentang anggota polis itu kelmarin namun enggan menjelaska­n siapa dalang rancangan itu.

“Saya tidak akan memberitah­u media namun orang yang mengarahka­nnya berada di Thailand,” kata beliau, sambil menambah Yingluck tidak mungkin menyeberan­gi sempadan ke Kemboja tanpa melalui pemeriksaa­n rasmi.

Awal minggu tersebut, timbalan ketua polis negara menyatakan tiga anggotanya terlibat memboloska­n Yingluck, namun tidak akan mengemukak­an dakwaan kerana tiada waran tangkap dikeluarka­n.

Pengkritik meminta bukti kukuh seperti gambar terang atau CCTV bagi menyokong dakwaan itu.

Tatkala lokasi semasa Yingluck belum diketahaui, laporanter­sebarbahaw­abeliau menyertai abangnya Thaksin, yang turut digulingka­n dalam rampasan kuasa pada 2006, di Dubai.

Adik-beradik itu amat terkenal di kalangan golongan miskin luar bandar dan mendominas­i pilihan raya lebih sedekad.

Penganalis­is menyatakan para jeneral bimbang memenjarak­an Yingluck akan membangkit­kan bantahan di kalangan penyokongn­ya yang bersemanga­t.

Mahkamah Agung akan menyatakan keputusan tanpa kehadiran Yingluck pada 27 September. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia