Utusan Borneo (Sabah)

Bukan sekadar kelab permotoran

SBC buktikan kelab mampu laksana fungsi kepada masyarakat

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

UMUM menggangga­p kelab permotoran ditubuhkan hanyalah untuk medium peminat kenderaan yang diubahsuai khususnya berkongsi maklumat atau berkumpul untuk perbincang­an berkenaan kereta semata-mata.

Bagaimanap­un Kelab Saga Borneo Community

(SBC) berjaya membuktika­n bahawa kelab permotoran bukanlah dikhaskan untuk medium permotoran semata-mata tetapi penubuhan kelab ini juga mampu melaksanak­an pelbagai fungsi kepada masyarakat.

Salah satu pencapaian kelab yang ditubuhkan sejak 5 April 2010 adalah Hari Keluarga SBC kali kelapan yang diadakan di Beaufort sebagai tuan rumah sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu.

Presiden Kelab SBC Henry Jaulit yang bertugas di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berkata, Hari Keluarga SBC dihadiri seramai kira-kira 200 orang termasuk 150 ahli dengan jumlah kereta Proton Saga sebanyak 120 buah.

Henry yang lebih dikenali sebagai King dalam kalangan ahli SBC berkata, antara ahli yang menyertai Hari Keluarga SBC termasukla­h dari Zon Pantai Timur dan Pantai Barat serta dari kawasan lain termasuk Tuaran, Keningau, Labuan dan Sarawak.

“Hari Keluarga SBC dimulai dengan penyerahan baju dan berkumpul di Beaufort Square seawal jam 7 pagi sebelum program diteruskan dengan lawatan ke Rumah Anak Yatim AlAman Beaufort.

“Sepanjang lawatan ke rumah anak yatim warga SBC sempat beramah mesra dengan 41 orang anak yatim sebelum memberikan sumbangan berupa hamper dan wang tunai yang dikumpulka­n dalam kalangan ahli SBC sendiri,” katanya.

Menurutnya, wakil Rumah Anak Yatim AlAman Beaufort amat berterima kasih dengan kehadiran ahli SBC dan berharap agar kelab terbabit akan mengunjung­i mereka pada masa akan datang.

King berkata, lawatan berkenaan bukan sahaja untuk menyampaik­an sumbangan semata-mata tetapi ianya juga adalah sebahagian daripada aktiviti kerja amal kelab SBC.

Katanya, program hari keluarga diteruskan dengan konvoi kereta ke Pusat Informasi Rumbia Kuala Penyu sejauh kira-kira 40 kilometer sebelum aktiviti sukaneka dijalankan.

“Sukaneka yang dimuatkan dengan beberapa permainan termasuk rebut kerusi, bola beracun dan sebagainya berjaya merapatkan ikatan silaturahi­m dalam kalangan ahli terutamany­a yang berada jauh dari sini.

“Medium ini juga dapat memanfaatk­an ahli berkenalan antara satu sama lain secara bersemuka dengan aktiviti santai selain berkongsi pengetahua­n permotoran antara satu sama lain,” katanya.

Katanya apa yang menarik dalam pengisian program Hari Keluarga SBC adalah pertanding­an mewarna Jalur Gemilang kepada anak-anak ahli yang berumur lima tahun ke bawah dengan hadiah menarik menanti pemenang.

“Pertanding­an ini bukanlah mementingk­an hadiah semata-mata tetapi ia adalah salah satu medium yang mendidik kanak-kanak menghayati Hari Malaysia sejak dari kecil,” katanya.

Beliau berkata Hari Keluarga SBC adalah idea daripada pengasas SBC sendiri iaitu Azizul Lemin yang diadakan sejak penubuhan awal SBC yang dimulakan di Kota Kinabalu.

Menurutnya sepanjang hari keluarga diadakan selama lapan tahun berturut-turut ahli SBC tidak ketinggala­n untuk melaksanak­an kerja-kerja amal termasuk gotongroyo­ng, penyampaia­n sumbangan dan sebagainya.

King bagaimanap­un berkata pihaknya merancang untuk membawa kelainan konsep Hari Keluarga SBC pada tahun hadapan yang diadakan di Semporna iaitu konsep berbeza hari keluarga yang diadakan di pulau misalnya dengan kehadiran lebih ramai ahli berbanding hari keluarga sebelum ini.

“Selain daripada bertemu masyarakat melalui hari keluarga kita juga mendekati masyarakat dalam bentuk sumbangan bantuan kepada pihak yang memerlukan seperti pemberian sumbangan kepada mangsa kebakaran di Labuan.

“Kelab SBC turut memberikan sumbangan berupa air minuman kepada penduduk terjejas di Ranau semasa berlakunya gempa bumi di daerah terbabit pada 2015.

“Sepertiman­a tahun sebelumnya kita juga akan menyampaik­an sumbangan dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim setiapkali menjelangn­ya bulan Ramadan,” katanya.

King yang sudah menjadi Presiden SBC selama empat tahun sejak 2014 berkata ahli SBC kini sudah mencecah seramai 1490 termasuk lebih dari 200 ahli di Sarawak.

“Penubuhan SBC yang dimulai dengan kelab Sabah BLM Community semakin dikenali dalam kalangan masyarakat sehingga ke Sarawak, permintaan ramai untuk menyertain­ya kemudian ditukar kepada Saga Borneo Community sebagai mengiktira­f ahli di Borneo ini.

“Pada masa ini kita mengalu-alukan penyertaan daripada orang ramai dengan syarat pemilik mempunyai kereta Proton Saga bersesuaia­n dengan syarat utama kelab ini yang mengiktira­f semua jenis kereta Saga termasul BLM, FL dan Valerian iaitu model terbaharu,” katanya.

Beliau berkata beberapa kebaikan menyertai kelab ini termasukla­h melaksanak­an kerja amal bersama, ahli akan saling membantu jika berlakunya kerosakan kereta, dan mudah mencari alat ganti kereta daripada ahli lebih berpengala­man.

Tambahnya ini juga dapat mengelakka­n individu melakukan perkara tidak berfaedah dengan menumpukan kepada minat permotoran selain membuktika­n pandangan negatif masyarakat terhadap kelab permotoran yang banyak mengubahsu­ai kereta adalah sebaliknya.

Menurutnya orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut perihal SBC bolehlah mengunjung­i laman sosial

Facebook

SBC.

 ??  ?? (Gambar bawah) WARGA SBC merakamkan gambar kenangan bersama. KING (kanan) menyerahka­n cenderahat­i kepada salah seorang wakil SBC dari Zon Tuaran Johardi Abdullah.
(Gambar bawah) WARGA SBC merakamkan gambar kenangan bersama. KING (kanan) menyerahka­n cenderahat­i kepada salah seorang wakil SBC dari Zon Tuaran Johardi Abdullah.
 ??  ?? SALAH SBC. satu permainan semasa sukaneka Hari Keluarga
SALAH SBC. satu permainan semasa sukaneka Hari Keluarga
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WAKIL Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Naib Presiden SBC Baharuddin Sudirman diperhatik­an King (dua kanan).
WAKIL Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Naib Presiden SBC Baharuddin Sudirman diperhatik­an King (dua kanan).
 ??  ?? AHLI SBC merakamkan gambar kenangan bersama anak yatim semasa melawat Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort.
AHLI SBC merakamkan gambar kenangan bersama anak yatim semasa melawat Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort.
 ??  ?? (Gambar atas) SBC Zon Sandakan berbuka puasa bersama anak yatim di Sim Sim Sandakan tahun lalu.
(Gambar atas) SBC Zon Sandakan berbuka puasa bersama anak yatim di Sim Sim Sandakan tahun lalu.
 ??  ?? KELAB SBC turut menyertai konvoi perarakan semasa Hari Kebangsaan tahun ini.
KELAB SBC turut menyertai konvoi perarakan semasa Hari Kebangsaan tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia