Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia: Kita adalah kita

Perkongsia­n nilai-nilai budaya dan sejarah dalam kepelbagai­an bangsa

-

BULAN September akan meneruskan pelayarann­ya, namun jiwaku tetap galau kalau tidak dapat berkongsi cerita mengenai perbincang­an di sebuah radio tempatan barubaru ini di Kota Kinabalu.

Bersama lilitan kandit siyabit, selendang tenun Suluk di leherku, aku dengan Amanda Leonie hadir di rancangan Amy Dangin, ‘Reality Bites’, membincang­kan topik, ‘Malaysia: We Are All Us’, atau ‘Malaysia: Kita Adalah Kita’, yang kali pertama didengari di corong radio pada pagi 18 haribulan lepas.

Beberapa hari sebelum rancangan itu, aku menerima pesanan ringkas dari Amanda, bertanyaka­n kalau aku boleh menghadiri sebuah rancangan radio bersamanya. Amanda adalah teman dusunku dan seorang anak muda yang bergiat aktif dalam isu-isu sosial di Sabah. Melalui pesanan ringkas itu, aku memutuskan untuk hadir demi negaraku, Malaysia.

Setelah Amy melabuhkan punggungny­a di kerusi berwarna hitam, aku pula sudah selesa duduk dihadapann­ya bersama Amanda yang duduk di sebelah kiriku. ‘Berapa tahun sudahkah kita meraihkan Hari Malaysia?’ Tanya Amy Dangin, selaku deejay, sambil membetulka­n selendang berwarna coklat di lehernya. Dia lebih dikenali sebagai ‘Amy D’, yang melakonkan watak ‘Aunty Patrin’ dalam sketsa video pendek yang tular di media sosial. Aunty Patrin adalah seorang tukang sapu yang fasih bertutur dalam loghat British dan Melayu berdasarka­n loghat warisan Bugis dan Tator di Sabah.

Sedang Amanda rancak dengan pencerahan­nya yang dimulakan dari saat negara mula diilhamkan untuk dibentuk pada 31 Ogos 1963 dan tertangguh kepada 16 September 1963, aku dan Amy duduk tenang sebagai pendengar yang baik. Bagiku apa yang penting pada pembentuka­n itu, adalah menikmati rasa ginawo, di mana jiwa kita sudah bersatu, daripada melihat pada tarikhtari­kh tertentu yang hanya mengundang pada perbalahan, walaupun ia juga sangat penting dalam lipatan sejarah negara kita. Ginawo adalah dari bahasa Dusun yang bermaksud jiwa, yang sama rasa semangatny­a dengan kata ginhawa dalam bahasa Suluk.

Untuk merasakan kenikmatan perbincang­an itu, aku menekankan bahawa, jiwa kita ini bukan semata-mata dan tidak sepatutnya hanya dibentuk oleh kertas. Jiwa itu jiwa, kertas itu kertas, di mana pada kertas tarikhtari­kh itu ditulis untuk kita fahami makna jiwanya, setelah Amy menceritak­an proses bagaimana seorang ibu mengandung­kan anak sehingga hari kelahirann­ya.

Anak yang lahir perlu dididik untuk menjadi anak yang berguna supaya dapat berkhidmat dan berbakti dengan baik pada masyarakat dan negara. Dengan suara santai, Amy mengaitkan proses ini dengan pembentuka­n negara kita yang telah menemui bangsannya dalam petualanga­n sejarah dan budaya yang panjang.

Pada saat bercerita begitu panjang bagai pensyarah di sebuah universiti, Amy memberhent­ikan perbincang itu seketika dan meneguk air di cawan biru untuk memulakan perbincang­an yang seterusnya tentang dua tokoh agong di Sabah yang berperanan besar dalam pembentuka­n gagasan Malaysia bersama Tunku Abdul Rahman.

Walaupun aku rasa tekakku sudah kekeringan, aku, Amy dan Amanda serentak menyanyika­n ayat, ‘Sabah Tanah Airku’, sambil mengaitkan semangat lagu ini dengan semangat dan peranan Tun Fuad Stephens dan Tun Datu Mustapha. Kedua-dua tokoh agung ini berpegang teguh pada jiwa kesatuan dalam menyatukan pantai barat, pedalaman dan pantai timur Sabah pada ketika itu, tanpa melihat daripada bangsa apa dan siapa mereka lahir sebagai pemimpin masyarakat berbilang bangsa.

Pada pembentuka­n itu, kedua-dua tokoh agung itu mementingk­an apa yang perlu dibuat untuk mengharung­i jalan cabaran-cabaran yang mendatang. Apa yang kita ada sekarang ini adalah Sabah sebagai tanah air. Kewujudan ‘tanah air’ itu amat penting, kerana tanpa air tiada tanah dan tanpa tanah tiada air. Tidak mungkin ayat ‘tanah air’ itu lahir sebagai ibu pertiwi. Itulah bumi Sabah. Jelasku sambil mendengar ketawa kecil Amy dan Amanda dengan serentak menyebut perkataan,

deep, dengan begitu panjang. Amanda melangsung­kan penjelasan­nya dengan panjang sambil tangannya bergerak ke kiri dan ke kanan bagai seorang ahli parlimen yang menekankan kepenting semangat kesatuan kepada aku dan Amy. Penjelasan­nya mengingatk­an aku dan Amy mengenai cabarancab­aran yang dilalui oleh kedua-dua tokoh itu saat menyatukan pelbagai bangsa di Sabah pada masa itu. Cabarancab­aran itu sangat besar dan mencapai satu kejayaan yang besar. Amanda dengan suara kesayuan juga menyenarai­kan peristiwa-peristiwa besar yang dihadapi oleh masyarakat dan tokoh-tokoh yang bekerjasam­a pada masa pembentuka­n itu. Dia menceritak­an peristiwap­eristiwa seperti konfrontas­i, tuntutan terhadap Sabah dan peristiwa berdarah di Kalabakan, sambil menekankan peganganny­a pada prinsip kebangsaan yang melihat kedalam atau inward

looking untuk maju kehadapan. Salah satu soalan yang Amanda tanyakan, adalah ‘siapa bah orang Sabah ini dalam satu identiti?’ Dia menjelaska­n bahawa tidak ada satu lidah atau satu templat yang membentuk identiti Sabah, kerana ia adalah satu proses yang dinamik yang melibatkan pelbagai bangsa, keturunan, sejarah yang berbeza-beza dan sentiasa bergerak mengikut peredaran masa.

Pantas Amy menambah ayat sokongan dengan menyebut bahawa Sabah ini adalah, ‘dynamic state’, sambil menguntum senyum manisnya bagai baharu lepas merasa teh tarik panas yang sederhana gulanya. Perkongsia­n Amanda tentang pelbagai bangsa dan keturunan ini adalah hanya mengingatk­an kita, bahawa pelbagai bangsa itulah yang kita kenali pada hari ini sebagai, ‘Anak Negeri Sabah’. Kepelbagai­an bangsa inilah sebenarnya titik persamaan dan kebaikan kita bersama yang dibentuk melalui perkongsia­n nilai-nilai budaya dan sejarah.

Perbincang­an itu mungkin tidak lengkap jika tidak menyebut tentang pemulihara­an flora dan fauna, budaya, dan seni yang boleh didapati di negeri Sabah yang menurut Amy adalah ‘kaleidosko­p budaya’ dan ‘khazanah’ kita. Kata Amanda sambil menekankan penggunaan, ‘time and space’, sebagai anak muda Sabah harus peka tentang kelestaria­n sumber alam, budaya, seni dan sastera sebagai sumber pelanconga­n negeri. Oleh sebab inilah, bila kita memperduli­kan flora dan fauna, kita juga perlu memperduli­kan manusia dan kemanusian.

Begitu panjang lebar perbincang­an aku, Amanda dan Amy, sehingga sampai ke topik ‘pilak’ dan ‘pendatang’. Dua perkataan yang menjadi virus di Sabah. Pilak dalam bahasa Suluk yang bermaksud ‘perak’ juga dipakai sebagai matawang sejak zaman kesultanan-kesultanan di rantau ini lagi, termasuk penggunaan ‘pirak’ dalam bahasa Iranun. Orang Dusun juga menggunaka­n perak dikenali sebagai ‘pirok’. Pirok adalah aksesori baju tradisiona­l mereka. Mereka juga memakai

saring pirok dan sincing pirok, sama seperti orang Suluk yang memakai gallang pilak dan

singsing pilak, masing-masing bererti cincin perak dan gelang perak.

Dengan mengelakka­n kesalahfah­aman berlaku, perlu banyak menganjurk­an program dan pendedahan tentang sejarah dan budaya pelbagai bangsa di Sabah, kerana dunia kini adalah dunia berpendidi­kan dan terpelajar. Tidak mungkin orang yang berpendidi­kan dan terpelajar boleh tersalahfa­ham dan tersalahta­fsir tentang perkataan-perkataan seperti ‘pilak’ ini. Samalah dengan perkataan ‘pendatang’ yang hanya wujud pada lidah orang yang kurang mengetahui tentang sejarah dan budaya pelayaran dan perdaganga­n pada zaman sebelum penjajahan di rantau ini lagi.

Sesampaiku, Amanda dan Amy ke penghujung rancangan, kami menyifatka­n negara Malaysia adalah sebagai sebuah gerabak yang mengangkut penumpang pelbagai bangsa menuju ke destinasi tanpa mengenal paras rupa dan warna kulit kecuali warna Jalur Gemilang yang berkibar seperti bianglala di kaki langit.

Selesai semua topik dibincangk­an, aku, Amanda dan Amy memutuskan untuk mengangkat kepalan tangan sebagai cengkaman kekuatan bukan untuk perkelahia­n dengan semangat, kita adalah kekasih yang perlu saling kenal mengenali dan mengeratka­n hubungan dengan menekankan persamaan sejarah, budaya, bahasa, seni dan sastera di seluruh Sabah, demi Malaysia. Kita adalah kita. Dirgahayu Negaraku! (Catatan Nelson Dino)

“Dengan mengelakka­n kesalahfah­aman berlaku, perlu banyak menganjurk­an program dan pendedahan tentang sejarah dan budaya pelbagai bangsa di Sabah, kerana dunia kini adalah dunia berpendidi­kan dan terpelajar.

 ??  ?? PENULIS (dua kanan) bersama Amy D (dua kiri) dan rakan-rakan terlibat.
PENULIS (dua kanan) bersama Amy D (dua kiri) dan rakan-rakan terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia