Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan iktiraf sumbangan masyarakat Cina kepada ekonomi Malaysia: PM

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam kelmarin memberi penghargaa­n kepada komuniti Hokkien di Malaysia dengan menyatakan mereka telah memberi sumbangan yang bermakna kepada pembanguna­n ekonomi negara.

Beliau menyifatka­n kejayaan masyarakat Hokkien dalam perniagaan disebabkan etika kerja, yang baik, bekerja keras dan memiliki ciri-ciri keusahawan­an.

Komuniti Hokkien mewakili majoriti tokoh-tokoh usahawan yang berjaya di Malaysia. Lapan puluh peratus daripada 10 usahawan teratas yang berjaya di negara ini adalah dari komuniti Hokkien.

“Saya berharap anda akan terus bekerja keras untuk menjadi seperti keusahawan­an dan inovatif yang mungkin supaya boleh membantu untuk membawa Malaysia mencapai pertumbuha­n ke tahap lebih tinggi,” kata beliau ketika berucap pada majlis makan malam sempena Ulang Tahun ke-60 Persekutua­n Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia (FHAM) dekat sini malam kelmarin.

Najib berkata oleh kerana Malaysia berhasrat untuk menjadi salah satu ekonomi yang terkemuka di dunia, amatlah penting ia perlu menjadi lebih inovatif dan kreatif dalam membangunk­an ekonominya.

“Apapun kita perlu menggunaka­nnya dengan baik terutama kemahiran rakyat kita, modal intelektua­l dan dorongan keusahawan­an supaya boleh mencapai kadar pertumbuha­n ekonomi yang tinggi,” kata beliau.

Najib mengulangi janji kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membina lebih banyak sekolah jenis kebangsaan Cina di negara ini kerana beliau percaya sekolah tersebut dapat menyumbang kepada pembanguna­n negara dengan mendidik dan melengkapk­an anak-anak muda dengan kemahiran dan nilai-nilai yang penting untuk menjadi warganegar­a yang bertanggun­gjawab.

Beliau berkata ini juga selaras dengan dasar kesederhan­aan dan inklusif kerajaan BN dan sebuah kerajaan yang boleh mewakili aspirasi semua kaum di negara ini.

“Ini sangat jelas tentang bagaimana adil dan saksama kerajaan BN sekarang. Saya juga percaya negara ini akan mendapat manfaat daripada kepelbagai­an budaya. Kita tidak boleh melihat ini (kepelbagai­an) sebagai satu masalah yang menghalang perpaduan negara tetapi ia adalah sumber kekuatan bagi negara jika ia dihargai dan memanfaatk­annya dengan cara yang betul,” kata beliau. — Bernama

 ??  ?? NAJIB (sembilan kanan) bergambar dengan para penerima ‘Malaysian Fujian Exemplary Leaders Award and Outstandin­g Enterprene­ur Award’ pada Majlis Makan Malam Persekutua­n Persatuan Hokkien Malaysia di Wisma Huazong di Kuala Lumpur, kelmarin. — Gambar...
NAJIB (sembilan kanan) bergambar dengan para penerima ‘Malaysian Fujian Exemplary Leaders Award and Outstandin­g Enterprene­ur Award’ pada Majlis Makan Malam Persekutua­n Persatuan Hokkien Malaysia di Wisma Huazong di Kuala Lumpur, kelmarin. — Gambar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia