Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia tawar diskaun bonanza 50% bagi penerbanga­n ke Indonesia

-

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd menawarkan tawaran eksklusif sehingga 50 peratus diskaun bagi penerbanga­n ke Indonesia pada ‘Wonderful Indonesia AirAsia Travel Fair 2017’ selama tiga hari yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya, mulai kelmarin.

Pameran pelanconga­n itu dianjurkan oleh Kementeria­n Pelanconga­n Indonesia dan AirAsia, dan merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat penerbanga­n tambang rendah itu untuk memacu pelanconga­n ke Indonesia dan Malaysia.

Ketua Komersial AirAsia Bhd Spencer Lee berkata kepulauan Indonesia merupakan antara kebanggaan ASEAN dan syarikat berbangga untuk membawa pelancong ke 15 bandar yang berbeza di negara itu.

“Melalui pameran pelanconga­n ini, kami menyaksika­n permintaan perjalanan yang positif antara Indonesia dan Malaysia dan kami berharap dapat meningkatk­an lebih banyak ketibaan pelancong bagi kedua-dua negara dengan memanfaatk­an rangkaian luas dan tawaran hebat kami,” katanya dalam kenyataan.

Pengunjung boleh mendapatka­n tambang eksklusif oleh AirAsia yang boleh didapati hanya bagi tempahan pada pameran pelanconga­n itu untuk tempoh perjalanan dari 1 Mac, 2018 hingga 21 Nov, 2018.

AirAsia menghubung­kan Malaysia dengan Indonesia melalui lebih 350 kali penerbanga­n mingguan ke Banda Aceh, Bandung, Bali, Jakarta, Lombok, Medan, Pekanbaru, Palembang, Padang, Pontianak, Semarang, Solo, Surabaya, Makassar, dan Yogyakarta.

Antara laluan itu turut termasuk laluan unik seperti Kuching ke Pontianak, Kuala Lumpur ke Semarang, Kuala Lumpur ke Solo, Kuala Lumpur ke Makassar dan banyak lagi. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia