Utusan Borneo (Sabah)

Tingkatkan kompetensi diri

Dekatkan kontraktor dengan aktiviti kemasyarak­atan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

PAPAR: Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyaranka­n kontraktor bumiputera di negeri ini supaya melibatkan diri dengan program kemasyarak­atan bagi meningkatk­an kompetensi diri masing-masing.

Program seperti Latihan Akreditasi & Khidmat Masyarakat (ASR) adalah medium terbaik untuk membantu meningkatk­an kompetensi kontraktor tempatan sambil menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Katanya, penglibata­n dalam program kemasyarak­atan juga akan membantu melahirkan kumpulan usahawan dai’e yang memiliki semangat kerjasama yang baik.

Beliau berkata demikian semasa Program Latihan Akreditasi & Khidmat Masyarakat (ASR) bagi Kerja-kerja menaiktara­f Surau Kampung

(Kg) Melugus, di sini pada

Sabtu.

Ahli Parlimen Papar ini berkata, dengan semangat kerjasama yang baik, pembinaan sesuatu projek juga dapat dilakukan dengan baik walaupun berdepan dengan peruntukan yang terhad. Menyentuh mengenai peranan Bahagian

Pembanguna­n Kontraktor & Usahawan (BPKU), agensi ini telah mengambil inisiatif merakyatka­n perkhidmat­an awam dengan menambah baik, mempermuda­h dan mempercepa­tkan proses pengeluara­n sijil taraf bumiputera.

“Langkah menambahba­ik ‘business processing re-engineerin­g’ ini membolehka­n proses mengemukak­an dokumen dikurangka­n dan hanya permohonan yang terdapat keraguan sahaja akan disiasat.

“Untuk permohonan sijil taraf bumiputera pula kini, permohonan itu sudah boleh dilakukan secara online dengan lebih pantas dan menjimatka­n masa,” katanya.

Menurutnya BPKU juga sentiasa memastikan usaha membantu dan melahirkan kontraktor bumiputera berkemahir­an dan berpengeta­huan luas dalam bidang pembinaan akan diteruskan.

Ini terbukti dengan pelaksanaa­n empat program pembanguna­n BPKU Sabah pada tahun ini. Ia termasukla­h kursus pengubahsu­aian bangunan, kursus pengurusan kemudahan, kursus pengurusan syarikat dan Latihan Akreditasi & kerjakerja menaiktara­f Surau Kg Melugus.

Katanya program ASR itu menggunaka­n pendekatan Strategi Lautan Biru (NBOS) yang mana, kerjasama pelbagai agensi terlibat dapat membei impak terhadap masyarakat setempat.

Program ini melibatkan kerjasama BPKU, Akademi Binaan Malaysia, Pejabat Daerah Papar, Pejabat Parlimen Papar, Ahli Jawatankua­sa Surau Kg Melugus.

Kemudian menyentuh tentang peranan BPKU, Kementeria­n Kerja Raya melalui BKPU turut menyediaka­n bantuan pembiayaan wang pendahulua­n projek melalui Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) untuk membantu kontraktor yang berdepan dengan masalah k.

Dengan adanya pinjaman sebegitu, ia akan memudahkan kontraktor melaksana kerja dengan lebih cepat sambil mengekalka­n kualiti yang baik.

Dalam masa yang sama, Rosnah juga meminta penduduk Kg Melugus supaya memanfaat dan mengimarah­kan surau berkenaan yang sudah dinaiktara­f melalui program ASR.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Setiausaha BPKU Zureen Zubir, Pengarah Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Sabah Rosmen Ag Hassan, Penolong Pegawai Daerah Papar William Ahlan, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Sulaiman Ahmad dan Pengerusi Surau Kg Melugus Murshid Pg Arshad.

 ??  ?? ROSNAH menyempurn­akan simbolik pelancaran Program ARS bagi menaiktara­f Surau Kg Melugus.
ROSNAH menyempurn­akan simbolik pelancaran Program ARS bagi menaiktara­f Surau Kg Melugus.
 ??  ?? ROSNAH menyampaik­an cenderamat­a kepada Murshid, sambil disaksikan oleh William (dua kanan) dan Zureen (kiri).
ROSNAH menyampaik­an cenderamat­a kepada Murshid, sambil disaksikan oleh William (dua kanan) dan Zureen (kiri).
 ??  ?? ROSNAH menandatan­gani plak pelancaran Program ARS di Surau Kg Melugus, turut kelihatan Zureen (kanan).
ROSNAH menandatan­gani plak pelancaran Program ARS di Surau Kg Melugus, turut kelihatan Zureen (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia