Utusan Borneo (Sabah)

AMBIL TINDAKAN EFEKTIF

Atasi masalah pencemaran di Sungai Moyog

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Satu tindakan efektif perlu dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran di Sungai Moyog memandangk­an isu itu masih berleluasa di sini.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, punca utama pencemaran air Sungai Moyog adalah disebabkan pembuangan sampah-sarap, pembuangan kumbahan domestik, bahan pencemaran daripada industri berasaskan pertanian, haiwan serta banyak faktor lagi.

“Pihak berkaitan perlu bertindak segera bagi mengatasi masalah ini. Saya berpendapa­t hilir sungai ini tidak mempunyai masalah kerana pada dahulunya ia pernah menjadi sumber kehidupan masyarakat di sini.

“Masalah yang melanda sungai kita adalah daripada aktiviti perindustr­ian dan sikap penduduk yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya ketika merasmikan Pesta Rakit Peringkat Daerah Penampang 2017, di sini pada Ahad.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Nyuk Ming.

Masidi berkata, tindakan berkesan daripada berbagai pihak khasnya jabatan berkaitan serta seluruh masyarakat sudah pasti boleh membawa satu perubahan kepada keadaan Sungai Moyog.

Sekiranya sungai itu bersih nanti, aktiviti rekreasi sukan bertemakan keindahan sungai di sepanjang Sungai Moyog dapat dijalankan.

“Kerajaan akan sentiasa memberikan apa juga sokongan yang diperlukan untuk aktiviti yang dapat memperliha­tkan satu hubungan rapat antara manusia dan sungai.

“Inisiatif menganjurk­an Pesta Rakit, Run for River Moyog dan lain-lain aktiviti berkaitan sempena Hari Sungai Sedunia ini dapat menimbulka­n rasa tanggungja­wab komuniti terhadap sungai mereka, seterusnya dapat memastikan matlamat kita untuk mewariskan alam sekitar yang bersih kepada generasi akan datang menjadi kenyataan.

“Oleh itu, saya amat mengalu-alukan penganjura­n acara Pesta Rakit ini. Marilah kita bersama-sama menjaga sungai kita bukan sahaja untuk kepentinga­n masa sekarang tetapi untuk masa hadapan,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Penampang Datuk Donald Peter Mojuntin, Ketua Umno Bahagian Penampang Datuk John Ambrose serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? (Gambar kanan) ANTARA rakit berhias yang memeriahka­n suasana Pesta Rakit.
(Gambar kanan) ANTARA rakit berhias yang memeriahka­n suasana Pesta Rakit.
 ??  ?? (Gambar bawah, kanan) PANG (tiga kiri) menyempurn­akan gimik perasmian sambil diperhatik­an John (kiri), Luvita (dua kiri) dan Donald (dua kanan).
(Gambar bawah, kanan) PANG (tiga kiri) menyempurn­akan gimik perasmian sambil diperhatik­an John (kiri), Luvita (dua kiri) dan Donald (dua kanan).
 ??  ?? (Gambar bawah, kiri) PANG (tengah), Donald (kanan) dan Luvita (kiri) tiba di majlis itu menggunaka­n rakit.
(Gambar bawah, kiri) PANG (tengah), Donald (kanan) dan Luvita (kiri) tiba di majlis itu menggunaka­n rakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia