Utusan Borneo (Sabah)

Enam migran Filipina ditahan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan menahan enam lelaki disyaki migran dari negara Filipina kerana memasuki negara ini secara haram di kawasan laut Pamaguan, petang Sabtu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohd Yazib Abd Aziz berkata kesemua yang ditahan berumur lingkungan 16 hingga 53 tahun dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Beliau berkata kira-kira jam 3.30 petang Sabtu, bertindak atas maklumat kemasukan pendatang tanpa izin (PTI) dari negara jiran Filipina, anggota Markas Operasi PPM Sandakan yang menjalanka­n rondaan Op Pensura menggunaka­n bot ronda RH 61 untuk membuat pemantauan di kawasan laut Pamaguan, melihat sebuah bot laju yang mencurigak­an sarat dengan muatan orang.

“Semasa bot ronda menghampir­i, juragan bot laju terbabit memecut laju dan enggan berhenti apabila diarahkan berhenti.

“Setelah dikejar, juragan bot bertindak menuju ke tepi pantai dan terkandas di kawasan cetek, bagaimanap­un juragan dilihat terjun ke pantai lalu melarikan diri ke kawasan hutan bakau dan tidak dapat dikesan,” katanya.

Yazib berkata hasil pemeriksaa­n ke atas bot laju terbabit mendapati tiada nombor pendaftara­n dengan enjin Yamaha 40hp dan seramai enam lelaki dewasa di ruang bot laju berkenaan disyaki migran dari negara jiran Filipina berjaya ditahan.

Katanya pemeriksaa­n ke atas semua migran terbabit didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan mengakui memasuki negara ini dengan niat melalui laluan yang tidak diwartakan.

Beliau berkata kesemua migran dan rampasan (bot berserta enjin) dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut dan akan didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63.

 ??  ??
 ??  ?? BOT laju jenis kayu berserta enjin yang dirampas.
BOT laju jenis kayu berserta enjin yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia