Utusan Borneo (Sabah)

Ambil hikmah ‘peristiwa hijrah’

Kekuatan perpaduan jemaah amat penting

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Umat Islam disaran mengambil hikmah ‘peristiwa hijrah’ sebagai iktibar mengenai kepentinga­n perpaduan yang menjadi kekuatan utama dan asas sebuah negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman berkata iktibar peristiwa itu juga memperliha­tkan hasil kekuatan ikatan ukhwah yang erat kaum ansar dan muhajirin.

“Kekuatan perpaduan jemaah sebegini amat penting untuk memastikan kekuatan iman, hubungan kasih sayang dan menjamin akidah kita supaya sentiasa teguh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang disampaika­n Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali sempena Majlis Perhimpuna­n Sambutan Maal Hijrah 1439 Hijrah Peringkat Perbandara­n Tawau di sini pada Sabtu.

Umat Islam juga diseru menjadikan sambutan Maal Hijrah sebagai pemacu mengukuhka­n iman masing-masing dan tidak bertingkah, berpecah belah atau berbalah sesama sendiri.

“Berpegang-teguhlah kepada tali Allah dan perkukuhka­nlah perpaduan sesama kita, usah berhasad dengki, berdendam dan jagalah lidah kita,” katanya.

Musa berkata umat Islam juga diharap mengelak daripada

“Berpegang-teguhlah kepada tali Allah dan perkukuhka­nlah perpaduan sesama kita, usah berhasad dengki, berdendam dan jagalah lidah kita.” DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ AMAN Ketua Menteri

terpengaru­h dengan khabar yang meragukan, serta sentiasa bersabar dan bersyukur dengan nikmat yang diterima.

“Semoga tahun baharu Hijrah ini dapat meningkatk­an azam kita dan meningkatk­an kualiti kita sebagai khalifah di muka bumi ini,” katanya.

Presiden Majlis Perbandara­n Tawau Alijus Sipil pula mendedahka­n hasrat pihaknya untuk menganjurk­an Karnival Kesenian Islam di daerah ini pada awal tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankua­sa Induk Penganjur Majlis Perhimpuna­n Sambutan Maal Hijrah 1439 Hijrah Peringkat Perbandara­n Tawau itu optimis program itu dapat dilaksanak­an.

“Kita berharap warga Tawau khususnya akan bersedia dengan karnival ini khususnya untuk menyertai pertanding­an marhaban, kompang, nasyid dan berzanji kelak,” katanya.

Sempena sambutan Maal Hijrah itu, pelbagai pengisian turut dijalankan seperti penyerahan anugerah tokoh Maal Hijrah, persembaha­n nasyid dan ceramah agama.

 ??  ?? SYED Abas dan Alijus merakamkan gambar bersama para penerima anugerah tokoh Maal Hijrah dan barisan tetamu kehormat.
SYED Abas dan Alijus merakamkan gambar bersama para penerima anugerah tokoh Maal Hijrah dan barisan tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia